• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perisian penyuntingan video terkenal DaVinci Resolve versi iPad bakal tiba tak lama lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:24 am
  • 21/10/2022
  • Komen
Perisian penyuntingan video terkenal DaVinci Resolve versi iPad bakal tiba tak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun perisian penyuntingan video DaVinci Resolve, Blackmagic Design, mengumumkan melalui Twitter yang mereka bekal menerbitkan perisian itu dalam versi iPad dalam Suku 4 2022. Ia tidaklah akan sekuasa versi PC, tapi kebanyakan fungsinya ada.

Sumber

Berkemungkinan besar ia mensasarkan pengguna yang melakukan penyuntingan kandungan ringkas dan perlu bergerak ke sana dan ke mari dalam satu-satu masa. Pembangunnya berkongsikan yang DaVinci boleh mengendalikan format fail H.264, H2.65, Apple ProRes, dan Blackmagic RAW.



Perisian ini juga bakal mempunyai fungsi kolaborasi apabila projek di PC boleh dilihat di iPad melalaui Blackmagic Cloud. Pembangunnya mengatakan yang pengguna bakal menikmati kemudahan penyuntingan video setara Hollywood.

Sumber

Disebabkan saiz skrin dan resolusi yang berbeza, akan terdapat beberapa penyesuaian yang perlu dilakukan pihak pembangun terhadap antara muka DaVinci Resolve versi iPad. Contohnya, ciri Edit Page tidak akan didatangkan pada versi iPad kerana ia dibangunkan khas untuk input papan kekunci dan tetikus.



Di PC, DaVinci Resolve ditawarkan secara percuma untuk pengguna menikmati sebahagian besar fungsi berkuasanya. Namun, edisi berbayar yang berharga USD300 mengandungi lebih banyak ciri yang terarah untuk golongan professional.

Anda boleh jangkakan model yang sama digunakan pada versi iPad.

Buat masa ini, perisian penyuntingan video yang berkuasa tinggi boleh anda temui di iPad adalah Lumafusion dan disebabkan ia satu-satunya menikmati kelebihan itu untuk sekian lama, DaVinci Resolve dilihat netizen bakal menggoncangkan pasaran.

[Sumber: Engadget]

Tags: blackmagic designdavinci resolveipadvideo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Perisian penyuntingan video terkenal DaVinci Resolve versi iPad bakal tiba tak lama lagi

Perisian penyuntingan video terkenal DaVinci Resolve versi iPad bakal tiba tak lama lagi

21 October 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN