• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple TV+ dan Music juga naik harga, kini lebih mahal daripada YouTube, Spotify dan Disney+ Hotstar

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 25/10/2022
  • Komen
Apple TV+ dan Music juga naik harga, kini lebih mahal daripada YouTube, Spotify dan Disney+ Hotstar
Share on FacebookShare on Twitter

Sejurus kenaikan harga pelan Apple One di Malaysia, kami mendapati beberapa langganan Apple yang lain turut dinaikkan harganya. Kesan yang pertama ditemui pada langganan Apple Music dan kesan kedua ada pada harga Apple TV+.

Harga baru untuk Apple Music dan Apple TV+ di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Apple Music Individual – RM16.90 (naik RM2)
  • Apple Music Family – RM25.90 (naik RM3)
  • Apple Music Student – RM8.90 (tiada kenaikan)
  • Apple TV+ – RM29.90 (naik RM10)
Harga baru Apple Music
Harga baru Apple TV+

Jika sebelum ini Apple Music menawarkan harga lebih murah atau sama dengan Spotify Premium dan YouTube Music, ia kini menjadi lebih mahal. Nasib baik, pelan untuk pelajar (Student) masih tidak berubah.

Begitu juga untuk langganan Apple TV+, ia naik 50% menjadi RM29.90. Setakat ini, kandungan yang disediakan di dalam Apple TV+ adalah amat sedikit. Jumlah rancangannya jauh lebih rendah jika nak dibandingkan dengan Disney+ Hotstar (RM54.90 untuk 3 bulan), apatah lagi Netflix. Ia sebenarnya menyediakan kandungan asli Apple Original sahaja untuk ditonton.



Kelebihan yang ada pada Apple TV+ adalah ia boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga. Tetapi tiada pilihan untuk pelan individu.

Nasib baik, storan awal iCloud masih tidak berubah harganya, atau ia masih belum dinaikkan buat masa sekarang. Siapa tahu esok lusa, Apple Malaysia akan mengubahnya tanpa sebarang pemberitahuan.

Harga Apple iCloud+ tidak berubah

Untuk pilihan yang lebih berbaloi, langganlah Apple One kerana ia menggabungkan pelan Music, TV+, Arcade, dan storan awan iCloud pada harga lebih murah. Walaupun baru sahaja naik hari ini.

Pelan Apple One ditawarkan untuk individu hanya RM29.90. Manakala untuk keluarga (Family), kini berharga RM39.90 dan boleh dikongsi bersama 5 orang lain. Bayar 2 kali ganda harga Apple TV+, anda dapat langganan Music, Arcade dan iCloud untuk semua ahli keluarga dengan Apple One.

Bacaan Berkaitan

  • Apple naikkan harga pelan Apple One sehingga 50% lebih mahal
  • Apple One Premier tambah Fitness+ dan iCloud 2TB untuk keluarga di Malaysia
  • Apple Music akan datang dengan sokongan lagu Lossless, Spatial dan Dolby Atmos tanpa caj tambahan
  • Apple TV+, servis strim TV baru yang tidak terhad pada produk Apple
Tags: appleapple musicApple TVApple TV Plus
Najib

Najib

POPULAR

Apple TV+ dan Music juga naik harga, kini lebih mahal daripada YouTube, Spotify dan Disney+ Hotstar

Apple TV+ dan Music juga naik harga, kini lebih mahal daripada YouTube, Spotify dan Disney+ Hotstar

25 October 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN