• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch bantu kesan kanser dalam kanak-kanak 12 tahun secara tidak langsung

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:23 am
  • 25/10/2022
  • Komen
Apple Watch bantu kesan kanser dalam kanak-kanak 12 tahun secara tidak langsung
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak berita telah dikongsikan mengenai Apple Watch bantu menyelamatkan nyawa pemakai. Ada yang diselamatkan melalui ciri pengesanan jatuh dan ada juga yang mengetahui tentang masalah kesihatan melalui ciri degupan jantung. Namun, berita ini sedikit berbeza kerana kejadiannya melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Kanak-kanak tersebut, Imani Miles dan ibunya mengetahui kehadiran tumor pada Imani, selepas ciri denyutan jantung yang ada di Apple Watch memberi amaran tentang kadar denyutan jantung berbeza pada anak itu.



Menurut Jessica Kitchen, ibu kepada Imani, perkara ini berlaku pada waktu malam. Ketika itu, Kitchen menyedari ada bunyi bip berterusan dari Apple Watch yang dipakai anak perempuannya. Apple Watch tersebut tiba-tiba memaklumkan tentang kadar denyutan jantung yang luar biasa tinggi. Baginya, itu merupakan satu hal yang pelik sebab ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berikutan bimbang dengan amaran yang berterusan, Kitchen memutuskan untuk membawa Imani ke hospital. Di sana, Imani terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat apendisitis. Namun, pembedahan tidak terhenti di situ kerana ketika itu jugalah doktor mendapati ada tumor neuroendokrin dalam apendiksnya. Menurut mereka, ketumbuhan tersebut jarang dilihat pada kanak-kanak.



Selepas pemeriksaan lanjut, didapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain dalam badan Imani. Oleh kerana itu, Imani terpaksa menjalani pembedahan semula untuk membuang kanser tersebut dan semuanya berjalan dengan lancar.

Kitchen memberitahu media bahawa dia mungkin akan menunggu lebih lama untuk membawa Imani ke hospital jika Apple Watch tidak memberikan amaran. Malah, dia juga rasa bersyukur kerana jam pintar itu telah maklumkannya tentang keadaan Imani sebelum terlambat. Kanser kebiasaannya boleh diubati jika dapat dikesan awal. Jika lambat diketahui, kanser akan jadi semakin teruk dan sukar dirawat. Dalam situasi Imani ini, mujur Apple Watch bantu mengesan masalah kesihatannya lebih awal dan doktor juga dapat lakukan pemeriksaan.

Apple watch telah bantu selamatkan banyak nyawa dengan fungsi ini

Ciri degupan jantung di Apple Watch telah terbukti selamatkan nyawa ramai pengguna. Sebelum ini, seorang pengguna di Malaysia bernama Farhat Haniff pernah lalui situasi di mana Apple Watch yang dipakainya mengeluarkan notis berkenaan kadar degupan jantung yang tiba-tiba melonjak tinggi. Doktor dapati beliau hadapi masalah degupan jantung yang tidak teratur dan harus dimasukkan ke wad hospital dengan segera.

Situasi hampir sama berlaku di luar negara apabila Apple Watch milik seorang wanita, Diane Feenstra memaklumkan bahawa kadar denyutan jantungnya tinggi, iaitu 169 denyutan seminit. Walhal ketika itu, dia hanya berjalan 12 langkah sahaja. Ketika menemui doktor dia akhirnya dimaklumkan mengalami serangan jantung. Malah, menerusi ujian tambahan, didapati bahawa Feenstra alami penyumbatan penuh dalam arteri widowmaker.

Di samping bacaan jantung yang tinggi, seorang bekas jururawat di Missouri AS bernama Patti Sohn pula menerima amaran bacaan jantung yang luar biasa rendah iaitu kira-kira 40 denyutan seminit melalui Apple Watch yang digunakan. Dia akhirnya dipasangkan alat perentak jantung yang diimplan di dada untuk bantu kawal degupan jantung dan halang jantung daripada berdegup terlalu perlahan.

Nampak di sini bahawa fungsi ECG sangat berguna. Jika anda ada Apple Watch, anda boleh hidupkan pemberitahuan melalui aplikasi Heart Rate supaya ia boleh memaklumkan anda tentang kadar denyutan jantung yang tinggi atau rendah serta irama jantung yang tidak teratur. Jika kadar denyutan jantung anda kekal di atas atau di bawah degupan seminit (BPM), Apple Watch akan memberitahu anda. Pemberitahuan ini hanya tersedia pada Apple Watch Siri 1 atau lebih baru.

[Sumber: 9TO5Mac, Hourdetroit]

Tags: appleapple watch
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Apple Watch bantu kesan kanser dalam kanak-kanak 12 tahun secara tidak langsung

Apple Watch bantu kesan kanser dalam kanak-kanak 12 tahun secara tidak langsung

25 October 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER