• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Beli telefon Xiaomi 12T boleh dapat TV LED 55-inci percuma, syaratnya mudah

  • OLEH Najib
  • 1:56 pm
  • 25/10/2022
  • Komen
PROMO: Beli telefon Xiaomi 12T boleh dapat TV LED 55-inci percuma, syaratnya mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat nak beli telefon flagship Xiaomi dan TV LED 55-inci? Anda berpeluang membawa pulang TV LED 55-inci percuma jika menjadi yang terawal membeli telefon pintar siri Xiaomi 12T tidak lama lagi.

Xiaomi Malaysia akan membuka jerayawara siri Xiaomi 12T di One Utama Shopping Centre (LG Oval), Bandar Utama dari 26 sehingga 30 Oktober 2022. Di sini, pembeli boleh mendapatkan banyak hadiah percuma serta Mi TV LED 4S 55″.



Tetapi hadiah yang disediakan sangat terhad. Mi TV LED 4S 55″ percuma hanya diberikan kepada 70 pembeli terawal siri Xiaomi 12T di jerayawara tersebut. Selain itu, mereka juga akan menerima hadiah percuma lain iaitu mug istimewa, jaminan tahun kedua, penggantian skrin serta boleh membeli Xiaomi Smart Band 7 Pro pada harga RM50 sahaja.

Jika sudah ada 70 pembeli terawal ini, pembeli selepas itu masih akan menerima banyak hadiah percuma yang lain. Untuk pembeli Xiaomi 12T di jerayawara itu, akan mendapat Redmi Buds 3 Pro, mug istimewa, jaminan tahun kedua dan penggantian skrin percuma.



Pembeli Xiaomi 12T Pro pula menerima lebih banyak hadiah iaitu Redmi Buds 3 Pro, mug istimewa, jaminan tahun kedua, penggantian skrin dan Xiaomi Smart Band 7 Pro, semuanya percuma.

Bagaimanapun, hadiah percuma ini masih tertakluk kepada stok, selagi masih ada. Tidak pula dinyatakan berapa banyak pula hadiah percuma ini disediakan. Sebaiknya, anda cepat-cepat pergi ke jerayawara siri Xiaomi 12T di One Utama nanti, supaya semua hadiah percuma ini menjadi milik anda.

Harga siri Xiaomi 12T di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Xiaomi 12T (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999
  • Xiaomi 12T Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,699
  • Xiaomi 12T Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,999

Antara perkara baharu di Xiaomi 12T Pro adalah kuasa cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 4nm, kamera utama 200MP bersama ProCut ProFocus dan skrin CrystalRes AMOLED 120hz. Bateri masih 5,000mAh dan pengecas berkuasa 120W.

Di Xiaomi 12T pula, ia menggunakan cip Dimensity 8100-Ultra 5nm, kamera utama 108MP OIS serta skrin CrystalRes AMOLED 120Hz tanpa Dolby Vision. Bateri juga 5,000mAh dan pengecas dipertingkat ke 120W.

Untuk mengenali siri Xiaomi 12T dengan lebih lanjut, rujuk kepada artikel pengumuman kami di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Xiaomi 12T tiba dengan Snapdragon 8+ Gen 1, Dimensity 8100-Ultra dan resolusi kamera telefon tertinggi di dunia
  • Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Siri Xiaomi 12T di Malaysia, semua perkara yang anda perlu tahu tentangnya
Tags: Mi TV LED 4Sxiaomixiaomi 12txiaomi 12t pro
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Beli telefon Xiaomi 12T boleh dapat TV LED 55-inci percuma, syaratnya mudah

PROMO: Beli telefon Xiaomi 12T boleh dapat TV LED 55-inci percuma, syaratnya mudah

25 October 2022
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN