• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing kotakan janji, Ear (1) naik harga selepas Ear (Stick) dilancar

  • OLEH Najib
  • 12:15 am
  • 27/10/2022
  • Komen
Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dimaklumkan oleh Carl Pei, CEO Nothing minggu lepas, Nothing hari ini telah menaikkan harga untuk produk pertama mereka, Nothing Ear (1). Kenaikan harga ini turut melibatkan pasaran Malaysia. Carl Pei berkata, Nothing terpaksa menaikkan harga Ear (1) sebanyak 50% akibat kenaikan harga kos. Ear (1) dilancar tahun lepas dengan harga jualan USD99 dan mulai hari ini, naik menjadi USD149.

Bagaimanapun di Malaysia, kenaikan harganya tidak sebanyak di US. Hanya naik 20%, daripada RM499 kepada RM599. Harga ini telah dipaparkan oleh laman rasmi Nothing Malaysia.



Sebenarnya agak pelik untuk produk teknologi naik harga selepas dilancarkan. Melainkan ia adalah produk Apple atau barangan yang berhadapan masalah pengeluaran seperti Sony Playstation 5.

Jika anda bernasib baik, sebenarnya masih ada kedai yang menjual Nothing Ear (1) pada harga lebih murah daripada harga pelancaran. Contohnya di Stor Rasmi OnePlus Global di Shopee, harganya cuma RM379 tetapi dihantar dari China. Ada juga penjual dari Malaysia yang menjual di bawah RM450.



Nothing Ear (1) dilancarkan tahun lepas, datang dengan teknologi penyaring hingar buyi (ANC) dengan hayat bateri sehingga 4 jam memainkan muzik bersama ANC. Bersama bekas penyimpan, ia boleh memberi tenaga sehingga 24 jam bermain muzik. Bekas penyimpan ini boleh mengecas menerusi USB-C dan wayarles Qi. Ketahui lebih lanjut mengenainya di sini.

Nothing Ear (1)
Nothing Ear (Stick)

Nothing Ear (Stick) yang baru dilancarkan malam tadi, tiada teknologi ANC serta tiada sokongan pengecas wayarles. Tetapi ia ada hayat bateri lebih panjang, sehingga 7 jam di putik dan 29 jam bersama bekas penyimpan. Di Malaysia, Ear (Stick) dijual pada harga RM469 dan boleh dibeli mulai 28 Oktober 2022 di kedai Crossover.

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone 1 dilancar di Malaysia, ambil tempahan awal di kedai jalanan Bukit Bintang
  • Nothing Ear (Stick) dilancar tanpa ANC dan akan dijual di Malaysia minggu ini
  • Nothing Ear (1): Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: NothingNothing Ear 1
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Nothing Ear 1 bakal dijual di Malaysia, peminat ada peluang mendapatnya percuma

Nothing kotakan janji, Ear (1) naik harga selepas Ear (Stick) dilancar

27 October 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN