• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Baik beli Nothing Ear (1) sekarang sebab harganya akan naik minggu depan

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 19/10/2022
  • Komen
Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing Ear (1) adalah produk pertama keluaran Nothing, syarikat yang diasaskan oleh bekas pengasas bersama OnePlus, Carl Pei. Ia menampilkan fon telinga putik dengan rekaan spearuh lutsinar pada putik telinga dan bekas penyimpan.

Selepas melancarkan Nothing Phone (1), Nothing telah bersedia untuk melancarkan produk ketiga mereka, Nothing Ear (Stick). Tetapi ada pengumuman lebih penting dimaklumkan oleh Carl Pei sebelum produk ketiga mereka dilancar.



Carl Pei menyatakan, produk pertama mereka iaitu Nothing Ear (1) akan dinaikkan harganya daripada USD 99 kepada USD 149 (RM703). Kenaikan ini terpaksa dibuat kerana harga kos yang semakin meningkat. Untuk rujukan, Nothing Ear (1) dilancarkan di Malaysia pada harga RM499.

Sebab itu, Carl pei menggalakkan orang ramai yang mahu memiliki Nothing Ear (1) untuk membelinya sekarang kerana kenaikan harga ini akan berkuatkuasa pada 26 Oktober 2022. Ia juga adalah tarikh pelancaran untuk Nothing Ear (Stick).



On October 26, we'll be raising the prices for Ear (1) to $149 due to an increase in costs. pic.twitter.com/jJDlaXzzJ6

— Carl Pei (@getpeid) October 18, 2022

Untuk pasaran Malaysia, Nothing Ear (1) kini ada dijual di Stor Rasmi OnePlus Global pada harga RM379 dan dihantar dari China. Aneh juga OnePlus ada menjual produk Nothing. Jika mahu stok dari Malaysia, kebanyakan penjual di Shopee Mall meletakkan harga di bawah RM450.

Carl menerangkan lagi, semasa mereka mula-mula membangunkan Ear (1), Nothing memiliki hanya 3 jurutera dan kini ia telah meningkat kepada 185 orang. Produk pertama Nothing ini telah dijual di seluruh dunia menghampiri 600,000 unit. Sehingga kini, sebanyak 15 kemaskini telah dilepaskan dan Carl menyatakan ia adalah fon telinga yang jauh berbeza daripada semasa ia dilancarkan.

Nothing Ear (1) dilancarkan tahun lepas, datang dengan teknologi penyaring hingar buyi (ANC) dengan hayat bateri sehingga 4 jam memainkan muzik bersama ANC. Bersama bekas penyimpan, ia boleh memberi tenaga sehingga 24 jam bermain muzik. Bekas penyimpan ini boleh mengecas menerusi USB-C dan wayarles Qi. Ketahui lebih lanjut mengenainya di sini.

Nothing Ear (Stick) pula akan dilancar pada 26 Oktober 2022, pukul 10 malam waktu Mlaaysia. Ia adalah fon putik lebih rendah daripada Ear (1) kerana tiada ANC. ia juga menampilkan rekaan putik keras plastik, bukannya getah boleh tukar. Ia juga mungkin tidak menyokong pengecasan wayarles.

Memandangkan Ear (1) akan naik harga, mungkin Ear (Stick) kelak menggantikan tanda harga lama itu iaitu USD 99. Adakah anda berminat membeli fon putik tanpa ANC pada harga RM499 di Malaysia? Jika saya, ada lebih banyak fon putik telinga dengan ANC jauh lebih baik, pada harga di bawah RM400.

[Sumber: Carl Pei]

Tags: NothingNothing Ear 1Nothing Ear Stick
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Nothing Ear (1) edisi hitam akan tiba di Malaysia bulan ini

Baik beli Nothing Ear (1) sekarang sebab harganya akan naik minggu depan

19 October 2022
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN