• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Tiktok

Penjual TikTok terkejut ada banyak hutang, betulkah mereka tuntut kos penghantaran percuma?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:58 pm
  • 27/10/2022
  • Komen
Penjual TikTok terkejut ada banyak hutang, betulkah mereka tuntut kos penghantaran percuma?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ini heboh dengan isu, Tiktok menganiaya penjual di platform itu. Kisahnya, ramai penjual merungut dan menyatakan free shipping yang diberikan TikTok kepada pelanggan, perlu ditanggung oleh penjual. Walaupun barang itu sudah lama diterima pelanggan, dikatakan Tiktok tuntut semula kos penghantaran itu dari penjual. Malah, ada yang terkesan sehingga RM20 ribu!

Seperti perkongsian dari Iekaa Mustapha, salah seorang penjual di Tiktok, dia ada tunjukkan rekod kewangan perniagaannya di Tiktok Shop. Anda boleh lihat pada item yang sudah dihantar, ada simbol negatif di situ. Menurutnya, hal ini terjadi disebabkan kos penghantaran jualan lama yang dicaj kepadanya baru-baru ini. Ini bermaksud dia tidak dapat wang modal dan untung hasil jualannya di dalam akaun Tiktok Shop. Sebaliknya seperti di pula yang berhutang.



Jual barang ringan tapi penghantaran terlampau mahal

Perkara yang hampir sama juga berlaku pada penjual bernama Cempaka Anis. Berdasarkan perkongsiannya, dijelaskan di Tiktok Shop bahawa wangnya ditolak disebabkan bungkusan terlebih berat. Masalahnya, penjual ini hanya menghantar inai yang beratnya kurang dari 50g. Namun dinyatakan di situ berat sebenar bungkusan ialah 2100g! Kesannya, kos penghantaran yang perlu dia bayar adalah RM23.30. Ia bukan memberi kesan pada satu pesanan, tapi pada semua pesanan yang baru diterima.

Oleh sebab ramai yang merungut, saya pun buka semula akaun Tiktok Shop saya untuk lihat jika saya ada terima kesan. Saya dapati memang ada negatif pada semua sejarah pembayaran. Tapi saya yakin ini semua adalah masalah sistem. Sebab saya tak ada terima sebarang pesanan pada 26 Oktober, walaupun tertera di situ saya ada terima pembayaran pada tarikh tersebut. Alasan yang dinyatakan juga sama, iaitu masalah berat bungkusan.



Jika anda rasa masalah ini berpunca dari kupon Free Shipping, anda perlu tahu yang Tiktok Shop menyediakan subsidi penghantaran percuma kepada penjual. Jadi, sudah tentu mereka tidak akan tuntut kos penghantaran itu daripada anda. Namun, untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai masalah ini, kami sudah hubungi TikTok Malaysia dan sedang tunggu maklum balas dari mereka.

Cara buat aduan di Tiktok Shop

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan untuk selesaikan masalah ini? Saya cadangkan anda buat aduan. Berikut merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun Tiktok Shop anda
  2. Di halaman utama pergi ke Help Centre
  1. Kemudian tekan My Tickets di bawah kanan
  2. Pada halaman seterusnya, klik butang Create New Ticket di atas kanan
  1. Tuliskan masalah anda dan lampirkan bukti
  2. Akhir sekali tekan submit

Setakat ini Tiktok masih belum keluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini. Namun, saya harap ia akan cepat selesai sebab ramai penjual di Tiktok mencari pendapatan mereka di situ.

[Sumber: Iekaa Mustapha]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Penjual TikTok terkejut ada banyak hutang, betulkah mereka tuntut kos penghantaran percuma?

Penjual TikTok terkejut ada banyak hutang, betulkah mereka tuntut kos penghantaran percuma?

27 October 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER