• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAVCOM lapor harga tiket penerbangan turun dan kekerapan dipertingkat sempena PRU15

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:36 am
  • 28/10/2022
  • Komen
Data pengguna ahli Enrich terbocor, Malaysia Airlines sarankan anda segera tukar kata laluan
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengumumkan mereka telah selesai melakukan pemantauan terhadap harga tiket kapal terbang bersempena dengan PRU15 yang bakal berlangsung tak lama lagi. Mereka memantau harga tiket dalam julat tarikh 16 hingga 20 November 2022.

Menurut mereka, didapati yang purata harga tiket kapal terbang sehala untuk semua syarikat penerbangan telah turun. Penerbangan dalam Semenanjung Malaysia berada pada purata RM185 manakala daripada Semenanjung ke Sabah & Sarawak masing-masing RM296 dan RM188.



Kerajaan akan kawal harga tiket penerbangan bersempena PRU15. Boleh percaya ke?

Ada beberapa syarikat penerbangan dilihat mengambil pendekatan menyediakan promosi istimewa sepmena musim mengundi ini. MAVCOM turut menyarankan penyedia perkhidmatan supaya mempertingkat kapasiti penumpang yang boleh diangkut untuk dalam tempoh pilihan raya ini.



Sebagai respons, sebanyak 68 penerbangan tambahan telah disusun untuk terbang antara Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur. Malahan, bagi mengangkut lebih ramai pengundi, pesawat berbadan lebar Airbus A330 bakal digunakan.

Walau bagaimanapun, disebalik semua langkah yang digerakkan MAVCOM ini, pihak mereka memaklumkan yang harga tiket kapal terbang bukanlah termasuk dalam barangan terkawal kerana ia sudah dirasionalkan pihak kerajaan sejak 2006.

Maka dengan sebab itu, MAVCOM sangat menggalakan syarikat penerbangan untuk memainkan peranan daripada segi memudahkan orang ramai memenuhi tanggung jawab mereka sebagai pengundi di PRU15.

Sumber: MAVCOM

Tags: mavcomPRU15
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Data pengguna ahli Enrich terbocor, Malaysia Airlines sarankan anda segera tukar kata laluan

MAVCOM lapor harga tiket penerbangan turun dan kekerapan dipertingkat sempena PRU15

28 October 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN