• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Penjual di Tiktok kena bayar kos penghantaran lama? Ini jawapan TikTok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:42 pm
  • 28/10/2022
  • Komen
Penjual di Tiktok kena bayar kos penghantaran lama? Ini jawapan TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Isu mengenai TikTok tiba-tiba caj kos penghantaran pesanan yang lama pada penjual, nampaknya masih belum selesai. Kami ada tanya Tiktok mengenai hal ini semalam, akhirnya mereka tampil memberikan penjelasan. Sebetulnya, ini semua terjadi adalah atas kesilapan penjual sendiri.

Caj yang perlu ditanggung oleh penjual di TikTok Shop itu merupakan kesan daripada penyediaan data yang tidak tepat untuk berat dan saiz produk selepas pembungkusan. Bila salah masukkan ukuran, ia telah menyebabkan pesanan dicaj dengan berat yang tidak logik. Jadi, TikTok Shop terpaksa mengesahkan caj berat ini dengan pembekal logistik yang terlibat.



Oleh kerana itulah, TikTok Shop mengenakan bayaran penghantaran kepada penjual pada 26 Oktober. Namun, jika anda dapati pihak logistik yang sebenarnya mengenakan bayaran penghantaran berlebihan, maka anda boleh failkan tuntutan dan berikan aduan di Seller Centre. Saya ada tunjukkan caranya di sini. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai cara Tiktok Shop kira bayaran penghantaran, kadar bayaran dan semua berkaitannya di halaman ini.

Sumber

Kupon Free Shipping bukan percuma sepenuhnya

Untuk kupon Free Shipping pula sebenarnya kupon itu adalah subsidi, bukan percuma sepenuhnya. Apabila pelanggan guna dalam julat subsidi, maka ia jadi percuma. Tapi bila penjual silap kira berat bungkusan maka Tiktok kenakanlah caj tambahan. Sebab itulah anda nampak banyak jumlah yang perlu dibayar.



Contohnya, kupon Free Shipping yang diberikan TikTok bersubsidi RM8. Pembeli guna kupon itu untuk bayar penghantaran RM4. Maka, kupon tersebut membuatkan kos penghantaran jadi percuma. Tapi disebabkan penjual salah kira berat dan ukuran bungkusan, serta didapati caj penghantaran sepatutnya RM15, maka Tiktok caj semula baki yang sepatutnya iaitu RM7.

Tak sangka ramai penjual dinyatakan lakukan kesilapan semasa isi maklumat bungkusan, termasuklah saya sendiri. Tapi, sejujurnya selama ini saya isi maklumat bungkusan penghantaran berdasarkan anggaran dan logik sahaja. Sebab apabila di Shopee, saya bebas untuk lakukan hal tersebut. Tak sangka pula di Tiktok ia boleh terlebih dari berat sebenar. Nampaknya penjual perlu lebih peka dengan hal ini sebab TikTok Shop sangat tegas, jauh lebih tegas berbanding Shopee.

Hal ini sememangnya mengejutkan ramai penjual. Sehingga hari ini saya masih belum terima sebarang emel dari Tiktok Shop mengenai caj yang dikenakan kepada penjual. Dalam masa yang sama, saya masih pelik dengan isu ini sebab banyak perkara yang tidak logik. Contohnya, bagaimana Tiktok boleh kira berat inai yang kecil itu adalah 2.1kg seperti yang dialami penjual ini. Adakah penjual tersebut bungkusnya dalam kotak yang besar? Apa-apa pun, sama-samalah kita tunggu kenyataan dari Tiktok Shop.

Tags: TikTokTikTok Shop
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penjual di Tiktok kena bayar kos penghantaran lama? Ini jawapan TikTok

Penjual di Tiktok kena bayar kos penghantaran lama? Ini jawapan TikTok

28 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER