• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PRU15: Semak tempat mengundi anda sekarang

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 31/10/2022
  • Komen
PRU15: Semak tempat mengundi anda sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya semakin maju dan canggih. Laman web MySPR Semak sudah sekian lama menyediakan tempat untuk pengundi menyemak di mana DUN dan Parlimen untuk mengundi.

Hari ini, SPR telah mengemaskini portal MySPR Semak dan menyediakan maklumat terkini untuk pengundi mengetahui di mana tempat mereka mengundi.



Dalam kemaskini MySPR Semak terbaru ini, pengundi akan disajikan dengan maklumat untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15). Maklumat yang baru ditambah ke dalam portal ini adalah:

  1. Pusat mengundi
  2. Saluran Mengundi
  3. Nombor bilangan pengundi
  4. Masa mengundi
  5. Masa cadangan untuk keluar mengundi
  6. Hari mengundi

Dengan maklumat ini, anda tak perlu lagi menunggu pada hari mengundi untuk mengetahui saluran dan nombor pengundi anda. Terutamanya untuk golonga warga emas dan orang kelainan upaya (OKU), mereka ditempatkan di saluran 1 yang kurang ramai, berbanding saluran 3, 4 atau 5 yang ditempatkan dengan pengundi muda dan pertengahan usia.



Menariknya, jika anda menggunakan aplikasi MySPR Semak (Apple Appstore, Google Playstore, Huawei AppGallery) di telefon pintar, ia juga akan menunjukkan lokasi tempat mengundi anda di Google Maps atau Apple Maps. Ia akan membantu untuk mengetahui lebih tepat, di mana anda harus pergi pada hari mengundi nanti.

Di samping itu, SPR juga telah berkongsi masa untuk pengundi tersebut keluar mengundi. Ini boleh membantu kelancaran proses pengundian kerana biasanya, pengundi akan keluar bersesak pada waktu yang sama, membuatkan masa beratur untuk mengundi mengambil masa lebih satu jam.

Untuk PRU15, hanya tiga negeri yang akan mengadakan pilihanraya negeri (PRN) serentak dengan PRU15 iaitu Perlis, Pahang dan Perak. Negeri lain iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan tidak membubarkan DUN serentak. Manakala Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak baru sahaja mengadakan PRN tidak sampai 3 tahun lepas. Jadi, hanya Perlis, Pahang dan Perak akan mengundi 2 kertas iaitu DUN dan Parlimen. Negeri lain, hanya mengundi 1 kertas untuk Parlimen.

Ingat ya, hari mengundi untuk PRU15 telah ditetapkan pada hari Sabtu, 19 November 2022. Laksanakan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia untuk memilih calon ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen yang dapat membantu membangunkan negara agar lebih maju untuk semua.

Bacaan Berkaitan

  • Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi
  • Parlimen Malaysia bubar hari ini, 4 negeri tidak akan bubar DUN
Tags: MySPR SemakPRU15SPR
Najib

Najib

POPULAR

PRU15: Semak tempat mengundi anda sekarang

PRU15: Semak tempat mengundi anda sekarang

31 October 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN