• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Kewangan

TIPS: 4 cara cepat langsaikan hutang dengan bantuan APPS

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:33 am
  • 31/10/2022
  • Komen
TIPS: 4 cara cepat langsaikan hutang dengan bantuan APPS
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ada komitmen hutang? Contohnya pinjaman kad kredit, PTPTN, kereta dan sebagainya. Untuk orang berdisiplin, memang tiada masalah untuk bayarnya. Namun pasti semua orang mahu langsaikan pinjaman dengan cepat kan? Oleh itu, ada boleh cuba lakukan empat teknik penyelesaian hutang ini yang terbukti berkesan supaya anda tidak ada komitmen lagi untuk membayarnya.

a. Teknik Runtuhan salji

Jika anda jenis yang rimas dengan jumlah faedah tinggi, anda boleh cuba teknik ini. Teknik ‘avalanche’ atau runtuhan salji ini merupakan cara yang memerlukan anda fokus untuk habis bayar pada pinjaman yang mempunyai kiraan kadar faedah tertinggi dahulu. Langkahnya ialah:



  1. Senaraikan semua hutang bersama jumlah dan kadar faedah. Hutang yang ada kadar faedah tertinggi perlu didahulukan dalam susunan
  2. Rancang bajet bulanan anda dan guna duit lebihan untuk selesaikan hutang dengan kadar faedah tertinggi
  3. Bayar juga jumlah minimum untuk hutang lain
  4. Setelah selesai bayar hutang yang ada kadar faedah tertinggi, anda boleh ulang langkah di atas sehingga semua hutang selesai

Anda boleh semak baki faedah menerusi platform pinjaman masing-masing. Contohnya, untuk pinjaman kereta dan kad kredit, anda boleh lihatnya di laman web bank yang anda pinjam. Untuk PTPTN, anda boleh semak penyata pinjaman di halaman ini.

b. Teknik Bola salji

Teknik ‘snowball’ sesuai jika anda ingin lupuskan hutang dengan baki terendah, tanpa mengira kadar faedah. Contohnya, anda ada baki hutang PTPTN RM5000, dan satu hutang pinjaman peribadi sebanyak RM10,000. Jadi, untuk teknik ini anda perlu berusaha langsaikan hutang PTPTN dahulu sebab nilainya lebih sedikit. Ini merupakan caranya:



  1. Senaraikan semua hutang , susun dan dahulukan hutang yang mempunyai nilai baki paling sedikit
  2. Sertakan juga kadar faedah untuk setiap hutang itu
  3. Rancang bajet bulanan dengan teliti dan guna duit lebihan untuk selesaikan hutang yang berbaki paling sikit
  4. Setelah selesai bayar hutang dengan baki terendah, ulang semula langkah sehingga semua hutang selesai

Bagi memudahkan anda periksa hutang dengan baki terendah dan lihat dengan lebih jelas baki pembayaran hutang yang perlu dilakukan, saya cadangkan anda guna aplikasi Debt Payoff Planner di Android atau iOS. Aplikasi ini akan paparkan ringkasan jumlah hutang anda dan tarikh anda bebas dari hutang itu.

c. Teknik Emping salji

Teknik snowflake ini bermaksud anda perlu bayar hutang gunakan duit lebih yang anda ada pada setiap hari, minggu atau bulan. Contohnya, bayar lebih RM10 untuk baki kad kredit anda tanpa tunggu tarikh bayaran. Dengan teknik ini, dapatlah anda langsaikan hutang lebih cepat sambil ikut kemampuan sendiri. Caranya ialah:

  1. Senaraikan hutang dan rancang pembayaran dengan baik
  2. Pastikan anda buat pembayaran minimum untuk semua hutang itu
  3. Bayar lebih jika mampu. Contohnya, jika ada baki RM10 atau RM20 dalam bajet mingguan, anda boleh gunakan wang itu untuk bayar hutang
  4. Teruskan strategi ini sehingga semua hutang selesai

Jika anda tak pasti berapa lebihan yang anda ada pada bajet bulanan, anda boleh lakukan pengiraan menerusi Budget Calculator dari AKPK. Ianya mudah digunakan sebab anda cuma perlu isi jumlah pendapatan dan perbelanjaan, kemudian sistem akan kirakan jumlah perbelanjaan serta baki yang anda ada.

d. Teknik Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)

Ada banyak hutang perlu bayar? Guna teknik ini untuk langsaikannya. Anda cuma perlu dapatkan semua jumlah hutang, kemudian guna wang dari pinjaman peribadi yang baru untuk langsaikan semua hutang itu. Teknik ini dapat ringankan komitmen kewangan bulanan anda dan skor kredit boleh diperbaiki. Hal ini kerana, anda boleh fokus bayar satu hutang dan jimat kadar faedah. Caranya ialah:

  1. Semak baki hutang termasuk baki tertunggak, kadar keuntungan dan jumlah ansuran bulanan hutang itu
  2. Dapatkan jumlah baki keseluruhan
  3. Semak kelayakan, pilih dan mohon pinjaman peribadi baru
  4. Setelah berjaya buat pinjaman, bayar hutang yang sudah anda gabungkan itu

Untuk teknik ini, anda boleh guna platform CompareHero, RinggitPlus, iMoney atau LoanStreet untuk bandingkan bank mana yang terbaik untuk lakukan pinjaman. Antara perbandingan yang dapat anda lihat adalah jumlah bayaran balik, bayaran bulanan, kadar faedah dan kelayakan. Permohonan juga boleh dilakukan terus dari situ dengan cepat.

Berdasarkan 4 teknik ini, mana satu yang anda rasa sesuai untuk digunakan? Saya paling suka dengan teknik snowflake, sebab saya boleh langsaikan hutang lebih cepat tanpa membuatkan saya perlu ikat perut. Jadi, pastikan anda pilih teknik yang terbaik untuk dilakukan.

[Sumber: CIMB]

Tags: bankcimb
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 4 cara cepat langsaikan hutang dengan bantuan APPS

TIPS: 4 cara cepat langsaikan hutang dengan bantuan APPS

31 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER