• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19 Omicron XBB, sejauh mana bahayanya subvarian ini?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:15 pm
  • 01/11/2022
  • Komen
COVID-19 Omicron XBB, sejauh mana bahayanya subvarian ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, sebuah subvarian Omicron ditemukan dan ia dikenali sebagai XBB. Malaysia kini sedang berdepan dengan gelombang kecil peningkatan kes COVID-19 susulan penemuan subvarian tersebut. Setakat 31 Oktober 2022, dilaporkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati terdapat empat kes Omicron XBB dikesan di Selangor dan Negeri Sembilan. Jadi, sejauh manakah bahayanya subvarian ini?

Individu yang tak pernah dijangkiti COVID-19 akan mudah dijangkiti varian XBB

Strain XBB (BA.2.10) merupakan hasil daripada gabungan dua varian Omicron, BA.2.10.1 dan BA.2.75. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa varian XBB telah dikesan di 35 Negara.



Walaupun kajian lanjut diperlukan, data ketika ini dapati jangkitan XBB tidak ada perbezaan ketara dalam keterukan penyakit. Walau bagaimanapun, ada bukti awal menunjukkan risiko jangkitan semula yang lebih tinggi untuk varian XBB, berbanding dengan subvarian Omicron yang lain. Menurut WHO, kehadiran gelombang baru XBB bergantung pada beberapa perkara termasuklah liputan vaksinasi COVID-19.

Menurut seorang pakar virologi Dr Kumitaa Theva Das dari Universiti Sains Malaysia, lonjakan besar kes Covid-19 mungkin tidak terjadi di Malaysia berikutan pengesanan gelombang kecil jangkitan subvarian Omicron XBB di negara ini. Walaupun tidak ada bukti yang menunjukkan peningkatan mangsa dan kematian, namun mereka yang tidak pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini akan mudah dijangkiti varian XBB. Sama juga jika suntikan vaksin terakhir anda adalah lebih setahun lalu, maka anda juga berisiko tinggi untuk dijangkiti.



Bukan itu sahaja, sekiranya anda pernah dijangkiti strain terdahulu seperti Alpha, Beta atau Delta, maka terdapat peluang yang lebih tinggi untuk anda dijangkiti semula. Berdasarkan data Singapura, kira-kira 17% daripada kes baharu negara adalah datang dari jangkitan semula.

Menurut Dr Kumitaa, mereka yang dijangkiti XBB mengalami demam dan sakit tekak, sama seperti simptom yang dilihat dalam subvarian Omicron yang lain. Di bawah ini merupakan simptom COVID-19 biasa yang dikaitkan dengan kebanyakan subvarian Omicron:

  1. Demam dan badan menggigil
  2. Terlampau letih dan sakit badan
  3. Sakit kepala yang konsisten
  4. Batuk
  5. Sakit tekak
  6. Sesak nafas atau kesukaran bernafas
  7. Hilang deria rasa atau bau
  8. Loya atau muntah
  9. Cirit-birit

Jika anda alami simptom di atas, maka lakukan ujian COVID-19 secepat mungkin.

Cara dapatkan vaksin COVID-19 berhampiran anda

Untuk elak daripada menerima kesan teruk akibat COVID-19, anda boleh dapatkan vaksin atau dos penggalak vaksin COVID-19 dengan segera. Tempahan vaksin kini tak perlu lagi dilakukan menerusi MySejahtera, sebaliknya anda hanya perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdekatan untuk dapatkannya. Untuk mengetehaui PPV berdekatan anda yang menyediakan vaksin, caranya ialah:

  1. Kunjungi halaman ProtectHealth
  2. Klik Find Vaccination Centre (PPV) di bahagian atas kanan
  3. Isikan maklumat Negeri, bandar dan poskod anda, kemudian tekan Cari
  4. Anda seterusnya akan di senaraikan dengan nama PPV yang tersedia
  5. Hubungi PPV yang anda mahu kunjungi itu terlebih dahulu untuk memastikan mereka ada bekalan vaksin

[Sumber: WHO, SinarHarian, NST]

Tags: COVID-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

COVID-19 Omicron XBB, sejauh mana bahayanya subvarian ini?

COVID-19 Omicron XBB, sejauh mana bahayanya subvarian ini?

1 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER