• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ugreen perkenal dok USB-C paling lengkap untuk Mac dan Windows

  • OLEH Najib
  • 7:18 pm
  • 01/11/2022
  • Komen
Ugreen perkenal dok USB-C paling lengkap untuk Mac dan Windows
Share on FacebookShare on Twitter

Ugreen, pengeluar aksesori komputer dan peranti, telah mengumumkan ketibaan produk Stesen Dok USB-C terbaru mereka. Ia direka supaya serasi digunakan bersama komputer Mac dan Windows, serta memiliki 13 port berbilang sambungan.

Laptop masakini menjadi semakin nipis dan ringan. Akibatnya, port berwayar menjadi semakin kurang dan sedikit. Tetapi teknologi baru seperti USB-C dan Thunderbolt membolehkan ia menguruskan pelbagai perkakas luaran seperti monitor, storan dan mengalirkan kuasa.



13 port yang terdapat di Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen ini adalah:

Belakang



  • 1x USB-C input
  • 2x USB A 5Gbps
  • 1x HDMI 4K@60Hz
  • 1x HDMI 8K@30Hz
  • 1x DisplayPort 4K@60Hz
  • 1x USB-C PD 3.0 100W
  • 1x Ethernet port RJ45 1Gbps

Hadapan

  • 1x USB A 3.1 10Gbps
  • 1x USB-C 3.1 10Gbps
  • 1x slot kad SD
  • 1x slot kad MikroSD
  • 1x 3.5mm AUX

Faedah yang terdapat di dok Ugreen 13-dalam-1

Dok ini mampu mengecas laptop atau apa jua perkakas melalui USB-C, dengan kuasa sehingga 100W. Ini membolehkan ia mengecas laptop sehebat MacBook Prodan pelbagai laptop Windows.

Untuk paparan luar pula, ia boleh merangkaikan sehingga 3 monitor atau TV atau projektor. Ini menjadikan 4 paparan termasuk monitor laptop digunakan.

Jika menggunakan Windows, anda boleh menjadikan ia paparan kedua sehingga di tiga paparan. Tetapi dengan MacOS, ia boleh menjadi paparan tambahan yang berbeza. Ibarat bekerja di 4 komputer. Malah, ia menyokong paparan luar dengan resolusi sehingga 8K@30Hz atau 4K@60Hz.

Harga Jualan

Bak kata pakcik Ben, kuasa yang hebat datang dengan harga yang tinggi. Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen ini telah dijual di Amerika Syarikat pada harga USD 329 (~RM1,558). Malah, ia masih belum tersedia untuk dibeli di Malaysia.

[KEMASKINI 2/11/2022 4.00PM: Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen ini telah dijual di Stor Rasmi Ugreen Malaysia di Lazada dan Shopee pada harga RM1,299.]

Jika mahu jimat, lebih murah jika anda membeli dua USB-C Hub yang memiliki sambungan 10-dalam-1. Di Shopee Mall Malaysia, ia dijual pada harga RM173.90 sahaja. Tetapi ia tidak mampu menyediakan sehingga 3 paparan luar serentak.

Kalau perlu sangat dok sehebat ini, maka anda bolehlah beli. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen.

Tags: UgreenUgreen Dock
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Ugreen perkenal dok USB-C paling lengkap untuk Mac dan Windows

Ugreen perkenal dok USB-C paling lengkap untuk Mac dan Windows

1 November 2022
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN