• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dok USB 13-dalam-1 Ugreen kini dijual di Malaysia lebih murah

  • OLEH Najib
  • 5:13 pm
  • 02/11/2022
  • Komen
Dok USB 13-dalam-1 Ugreen kini dijual di Malaysia lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Kami baru sahaja melaporkan tentang produk baru Ugreen yang sangat berkuasa, Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 yang baru dilancarkan. Ia telah dijual di Amerika Syarikat dan United Kingdom tetapi kini, telah pun mula dijual untuk pasaran Malaysia.

Lebih baik lagi, harga rasmi ia dijual di Malaysia lebih murah iaitu RM1,299 sahaja, berbanding USD 329 (~RM1,558) di Amerika Syarikat.



Anda yang berminat memilikinya, boleh membeli Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen ini di Stor Rasmi Ugreen di Lazada dan Shopee. Dengannya, anda boleh menghubungkan sehingga 3 paparan luar, sambil mengecas laptop melalui USB-C dengan kuasa setinggi 100W.

Jika mahu jimat, lebih murah jika anda membeli dua USB-C Hub yang memiliki sambungan 10-dalam-1. Di Shopee Mall Malaysia, ia dijual pada harga RM173.90 sahaja. Tetapi ia tidak mampu menyediakan sehingga 3 paparan luar serentak.



Spesifikasi

Terdapat 12 port yang ada di Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen ini, tidak termasuk 1 port USB-C PD untuk kemasukan tenaga 100W. Kepala pengecas untuk menyalur tenaga masuk 100W dijual berasingan, tetapi anda boleh menggunakan pengecas laptop USB-C jika ada.

13 port yang terdapat di Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen ini adalah:

Belakang

  • 1x USB-C input
  • 2x USB A 5Gbps
  • 1x HDMI 4K@60Hz
  • 1x HDMI 8K@30Hz
  • 1x DisplayPort 4K@60Hz
  • 1x USB-C PD 3.0 100W
  • 1x Ethernet port RJ45 1Gbps

Hadapan

  • 1x USB A 3.1 10Gbps
  • 1x USB-C 3.1 10Gbps
  • 1x slot kad SD
  • 1x slot kad MikroSD
  • 1x 3.5mm AUX

Dok ini mampu mengecas laptop atau apa jua perkakas melalui USB-C, dengan kuasa sehingga 100W. Ini membolehkan ia mengecas laptop sehebat MacBook Prodan pelbagai laptop Windows.

Untuk paparan luar pula, ia boleh merangkaikan sehingga 3 monitor atau TV atau projektor. Ini menjadikan 4 paparan termasuk monitor laptop digunakan.

Jika menggunakan Windows, anda boleh menjadikan ia paparan pendua sehingga di tiga paparan. Tetapi dengan MacOS, ia boleh menjadi paparan tambahan yang berbeza. Ibarat bekerja di 4 komputer. Malah, ia menyokong paparan luar dengan resolusi sehingga 8K@30Hz atau 4K@60Hz.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Stesen Dok USB-C 13-dalam-1 Ugreen.

Tags: UgreenUgreen Dock
Najib

Najib

POPULAR

Dok USB 13-dalam-1 Ugreen kini dijual di Malaysia lebih murah

Dok USB 13-dalam-1 Ugreen kini dijual di Malaysia lebih murah

2 November 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN