• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lazada lancar servis hutang LazPayLater untuk bersaing dengan SPayLater Shopee

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:43 am
  • 02/11/2022
  • Komen
Lazada lancar servis hutang LazPayLater untuk bersaing dengan SPayLater Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Lazada telah dikesan melancarkan servis Buy Now Pay Late (BNPL) sendiri yang dikenali sebagai LazPayLater. Ia membolehkan pelanggan mereka melakukan pembayaran secara hutang, malahan ansurans juga.

Sekiranya anda layak untuk menggunakan LazPayLater, butang perhidmatan tersebut sepatutnya akan muncul di APP Lazada anda di bawah seksyen Lazada Wallet > Account. Maklumat tentang had kredit serta kelayakan untuk bayaran ansurans juga akan dipaparkan.



Seperti biasa, proses eKYC diperlukan sebelum sebaran BNPL diaktifkan. Anda perlu menghantar Salinan digital MyKad beserta satu gambar swafoto bagi tujuan pengesahan identiti kepada pihak Lazada. Beberapa maklumat peribadi serta pin 6 digit juga diperlukan sewaktu pendaftaran.

Shopee SPayLater (BNPL) kini ada caj tambahan, faedah sehingga 18% setahun dan denda jika lewat



Had kredit LazPayLater ditentukan berdasarkan penilaian pihak Lazada. Kredit tersebut boleh digunakan untuk pembelian sebahagian besar produk jualan di Lazada kecuali produk digital ataupun barangan kemas. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan sekiranya pembeli melunaskan sepenuhnya bil pada bulan berikutnya.

Namun, sekiranya mereka menggunakan kemudahan ansurans, kadar bunga 1.5% sebulan dikenakan.

Antara maklumat teknikal yang perlu anda tahu tentang LazPayLater adalah seperti mereka menerbitkan penyata akaun setiap 10 hari bulan setiap bulan dan ia perlu dilunaskan sebelum 25 hari bulan setiap bulan. Pembayaran bil boleh dilakukan melalui saluran-saluran utama pembayaran seperti Lazada Wallet, perbankan dalam talian, kad debit/kredit, TNG eWallet, dan Boost eWallet.

Sekiranya anda lewat bayar, caj pentadbiran akan dikenakan sebanyak RM30.

BNPL adalah perkhidmatan yang tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pemerhati pasaran melihatnya sebagai berisiko tinggi kerana berpotensi menjadi perangkap hutang kerana ada keadaan tertentu, caj perkhidmatan yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kad kredit.

Tags: BNPLLazadalazpaylater
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lazada lancar servis hutang LazPayLater untuk bersaing dengan SPayLater Shopee

Lazada lancar servis hutang LazPayLater untuk bersaing dengan SPayLater Shopee

2 November 2022
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN