Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity Malaysia telah mewujudkan satu program penskoran dashcam yang dipanggil mereka sebagai Dashcam Safety Score Card (CamScore). Sejumlah dashcam mereka telah uji dan skor diberikan berdasarkan tiga kategori asas iaitu:
- Ciri asas (basic feature)
- Ciri maju (advanced feature)
- Ciri ADAS (Advanced Driving Assistance System)
Sebagai permulaan, sebanyak 40 model dashcam telah disenaraikan dan diberikan skor serta kateogri 5 bintang hinggalah ke 2 bintang. Berikut adalah 5 dashcam yang menerima penarafan paling tinggi menurut penyelidikan MIROS.
70Mai A800S
70mai A800S adalah produk flagship draipda jenama itu. Dashcam ini boleh merekodkan dalam resolusi 4K dengan sudut pandang 140 darjah. Ia menggunakan sensor stacked CMOS Sony IMX415 sebesar 1/2.8” yang menurut Sony, terkecil di dunia dalam kelasnya.
Di badannya sendiri ada panel paparan 3.0” untuk tujuan melihat semula video rakaman. Navigasi antara muka dilakukan menerusi 4 butang fizikal yang ada di bahagian bawah paparan. A800S ada GPS terbina di dalamnya yang akan merekodkan data kelajuan dan lokasi, sangat berguna untuk dijadikan bukti misalnya sewaktu tuntunan insurans.
Selain GPS, sistem keselamatan lain yang ada adalah seperti Advances Driver Assist Sistem (ADAS) yang akan mengeluarkan bunyi pengera bila anda terkeluar daripada laluan ataupun anda menghampiri kenderaan dihadapan terlalu laju.
Menggunakan aksesori tambahan, anda boleh hidupkan sistem pemantauan 24 jam. Sensor akselerometer akan merakam bila ia mengesan gegaran ke atas kereta bagi menangkap kemungkinan kejadian langgar berlaku.
Sekiranya anda nak rakam berterusan sewaktu parkir, ia boleh merakam 1 gambar/saat dan dimampatkan ke dalam video 30 minit untuk kegunaan anda.
Selain mengakses video melalui kad SD, APP telefon pintar juga boleh digunakan untuk memuat turun video terus daripada kamera ke telefon. Harga 70Mai A800S dalam pasaran adalah sekitar RM500 hingga RM600.
Beli 70mai A800S di Lazada
Beli 70mai A800S di Shopee
70Mai Dash Cam Pro Plus+ (A500S)
Untuk alternatif yang lebih murah, model A500S boleh anda dapatkan pada harga bawah RM500. 70Mai A500S mewarisi semua ciri-ciri menarik A800S seperti GPS dan ADAS terbina, ada skrin untuk tonton semula rakaman, sistem pemantauan 24 jam menggunakan aksesori tambahan, dan APP untuk muat turun video.
Beza A500S dengan A800S adalah pada komponen kameranya. Sensor dashcam 70mai A500S, Sony IMX355 merakam video pada resolusi lebih rendah iaitu QHD+ (2592 x 1944) sahaja tapi sudut pandang (FOV) kekal pada 140 darjah.
Beli 70mai A500S di Lazada
Beli 70mai A500S di Shopee
Thinkware U1000
Berada di tempat ketiga adalah dashcam paling mahal dalam senarai ini daripada jenama Thinkware dengan nombor model U1000. Thinkware U1000 boleh anda dapatkan pada harga RM2,699. Harganya agak keras tapi fungsi yang ditawarkannya tentulah sehebat harganya.
Menurut pengeluarnya, ini adalah dashcam yang merakam video depan belakang pada resolusi tertinggi dalam pasaran. Kamera depannya merakam dalam resolusi 4K manakala kamera belakang dalam resolusi 2K QHD.
Sudut pandangnya juga lebih luas berbanding dua dashcam 70mai tadi iaitu pada 150 darjah. Ciri-ciri gambar yang diiklankan adalah seperti:
- Julat dinamik luas
- Gambar malam yang cerah
- Tahap dedahan gambar automatik
- Ada pengurang hingar untuk gambar malam
Sensor yang biasa ditemukan seperti akselerometer dan GPS juga boleh ditemukan pada produk ini. Kamera ini tiada panel paparan di badannya jadi segala interaksi bersama kamera dilakukan di APP telefon pintar melalui sambungan Wi-Fi.
Thinkware U1000 ada ciri mirip 70Mai A800S tapi kelebihan Thinkware adalah ia ada servis awan, ThinkWare Cloud. Anda boleh jejak kereta ataupun wujudkan pagar maya (geofencing) untuk tujuan keselamatan. Cumanya, semua fungsi ini perlukan capaian Internet aktif.
Anda boleh hubungi pengedar sah Thinkware di Malaysia untuk pembelian.
70Mai M500
Produk 70Mai ketiga yang menerima penarafan 5 bintang daripada MIROS adalah 70Mai M500.
Dashcam ini ada ciri seakan A500S tadi tapi dalam pakej yang lebih kompak. Ciri sepunya yang ada adalah seperti:
- Resolusi rakaman 2592 x 1944
- Parking Mode
- Time-lapse Recording
- GPS
- ADAS
- Wi-Fi
Model M500 ada kelebihannya tersendiri. Pertama, sudut pandanya lebih luas iaitu 170 darjah, berbanding 140 darjah pada dua saudara 70mai yang saya kongsikan di atas.
Kemudian, ia ada storan dalaman sendiri jadi anda tak perlu fikir untuk beli kad mikro-SD asing.
Dua lagi ciri unik dashcam ini adalah, ia ada ciri kawalan suara. Jadi anda tak perlu tekan butang untuk arahkannya merakam video kecemasan dan yang terakhir adalah ia ada sambungan Bluetooth untuk anda gunakannya dengan aksesori pemantau tekanan angin tayar (TPMS)
Beli 70mai M500 di Lazada
Beli 70mai M500 di Shopee
DDPAI X5 Pro
Dashcam terakhir yang MIROS tanda 5 bintang dalam senarainya dalah DDPAI X5 Pro. Harganya di gedung dalam talian adalah sekitar RM1,700 hinga RM1,800. Untuk harga kayangan, adakah fungsinya juga kayangan?
Daripada senarai spesifikasi, ia nampaknya ada ciri seperti sebuah 70Mai A800S. X5 Pro merekod dalam resolousi maksimum 4K@30 (3840×2160) dengan sudut pandang seluas 140 darjah. Satu kelebihan kamera dashcam ini adalah ia mampu merakam pada refresh rate setinggi 90fps dalam resolusi FHD.
Kelebihan seterusnya X5 Pro berbanding pesiang A800S adalah ia didatangkan sekali dengan kamera belakang sedangkan 70Mai menjualnya secara berasingan. Storan sebanyak 32GB disediakan di dalam unit tapi slot kad mikro-SD disediakan untuk anda perluaskan storan rakaman.
Mungkin gimik ataupun tidak, DDPAI X5 Pro memang terkenal dengan rakaman yang memasukkan UI seperti kereta lumba. Dalam rakaman, anda boleh lihat kelajuan, tekanan G, dan lain-lain seperti permainan video.