• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Main game Android di PC Windows? Google Play Games sudah tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:49 am
  • 03/11/2022
  • Komen
Main game Android di PC Windows? Google Play Games sudah tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan video mudah alih di telefon pintar semakin popular masakini. Pernah tak anda merasakan, jika permainan tersebut dapat dimainkan di skrin lebih besar bersama papan kekunci dan tetikus? Kalau ya, anda boleh melakukannya dengan Google Play Games!

Berita baik untuk rakyat Malaysia, Google Play Games Beta kini telah tiba di Malaysia. Ia sebenarnya dilancarkan awal tahun ini di beberapa negara seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Australia. Hari ini boleh mula digunakan di Malaysia. Negara lain yang turut menyertai kesediaan hari ini adalah Indonesia, Filipina, Singapura Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Brazil.



Antara permainan mudahalih popular yang terdapat di dalam katalog Google Play Games Beta adalah 1945 Air Force, Blade Idle, Cookie Run: Kingdom dan Evony: The King’s Return. Kesemua permainan video ini dan berpuluh-puluh lagi tajuk lain boleh dimainkan di komputer Windows melalui aplikasi khas yang dibina oleh Google.

Di samping itu, pengguna juga boleh menyelaraskan permainan merentasi pelbagai platform. Bermakna, anda boleh mula bermain di telefon pintar kemudian menyambungnya di komputer, serta bermain semula di telefon pintar selepas itu. Ia memerlukan daftar masuk ke akaun Google Play yang sama.



Lebih baik lagi, Google berjaya menambah baik pengalaman permainan di Google Play games Beta dan menurunkan lagi keperluan spesifikasi minimum untuk komputer, supaya ia boleh dimainkan oleh lebih ramai pengguna.

Berikut adalah spesifikasi minimum yang diperlukan:

  • OS: Windows 10 (v2004)
  • Storan: Solid state drive (SSD) dengan 10GB ruang kosong
  • Grafik: Intel UHD Graphics 630 GPU atau setaraf dengannya
  • Processor: CPU 4-teras fizikal
  • Memory: 8 GB RAM
  • Akaun Admin Windows
  • ‘Hardware virtualization’ mesti diaktifkan

Google akan terus menambah lebih banyak tajuk ke dalam Google Play Games Beta. Kalau anda mahu jadi yang terawal mengetahui berita terkini tentangnya, boleh layari ke laman web Google Play Games. Pembangun permainan video juga dijemput untuk menambah tajuk mereka, dengan menyertai tapak pembangun di sini.

Tags: GoogleGoogle PlayGoogle Play Games
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Main game Android di PC Windows? Google Play Games sudah tiba di Malaysia

Main game Android di PC Windows? Google Play Games sudah tiba di Malaysia

3 November 2022
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021
Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

Nubia Neo 5 dan Neo 5 GT, telefon gaming dengan butang bahu dan bateri besar 6,210mAh

24 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN