• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiket masuk Genting SkyWorlds naik harga! Ini cara dapatkan yang lebih murah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:36 pm
  • 03/11/2022
  • Komen
Nak main di Genting SkyWorlds? Guna cara ini untuk elak beratur lama
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ada merancang untuk bercuti di Genting SkyWorlds dan masih belum dapatkan tiket, anda perlu tahu bahawa ada pelarasan harga dilakukan untuk tiket masuk di taman tema itu.

Sebelum ini, harga untuk satu tiket dewasa sama ada beli di dalam talian atau pun di kaunter ialah RM151. Namun bermula Selasa 1 November, tiket yang dibeli di sana berharga RM170 setiap satu. Tidak dapat dipastikan sama ada harga tiket kanak-kanak akan terkesan ataupun tidak.



Oleh itu, untuk dapatkan penjimatan yang besar, anda boleh lakukan pembelian di dalam talian dengan harga kekal RM151 untuk dewasa, manakala bagi kanak-kanak dengan ketinggian bawah 110cm pula RM128.

Menurut wakil Genting SkyWorlds, pelarasan harga ini bertujuan memberi pengunjung pengalaman yang lebih baik sebelum mereka datang ke sana kerana mereka tidak perlu beratur untuk membeli tiket.



Bayangkan jika anda berkunjung ke Genting SkyWorld seramai 4 orang. Sekiranya anda beli tiket di kaunter jumlah harga yang perlu dibayar ialah RM680. Sebaliknya jika beli di dalam talian jumlah yang perlu anda bayar cuma RM604. Dengan pelarasan harga ini, pastikan anda beli tiket di dalam talian untuk jimat lebih banyak. Ingat juga, semua tiket dalam talian perlu ditempah sekurang-kurangnya sehari lebih awal sebelum anda ke sana.

Bagi saya, Genting SkyWorld merupakan taman tema yang sangat seronok. Jika anda ingin kunjunginya bersama anak-anak, pastikan anak anda berketinggian 95cm ke atas supaya kunjungan anda jadi lebih berbaloi. Sebab, kebanyakan permainan di sana hanya membolehkan individu sekitar 95cm ke atas sahaja untuk sertai.

Selain itu, untuk jadikan kunjungan anda lebih santai, pastikan anda muat turun aplikasi Genting SkyWorld di Google Play Store atau App Store untuk elak beratur panjang bagi menunggu giliran bermain. Anda boleh tonton pengalaman saya bermain permainan di Genting SkyWorld tanpa perlu beratur dengan menggunakan aplikasi Genting SkyWorld menerusi video di bawah.

[Sumber: Theedgemarkets]

Tags: Genting SkyWorld
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Nak main di Genting SkyWorlds? Guna cara ini untuk elak beratur lama

Tiket masuk Genting SkyWorlds naik harga! Ini cara dapatkan yang lebih murah

3 November 2022
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN