• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Hot 20 dan Hot 20i: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:15 am
  • 04/11/2022
  • Komen
Infinix akan lancar dua telefon baru di bawah RM600?
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran dua telefon pintar dengan harga sangat mampu milik, Infinix Hot 20 dan Hot 20i. Kedua-dua telefon ini juga lengkap dengan storan yang lebih besar dalam julat harganya.

Jualan untuk kedua-dua telefon ini akan bermula pada 4 November 2022 di saluran luar talian. Bagi yang lebih berminat atas talian, ia akan terdapat di Stor Rasmi Infinix di Shopee mulai 11 November 2022. Serentak dengan jualan mega 11.11 nanti.



Harga jualan rasmi di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Infinix Hot 20 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM599
  • Infinix Hot 20i (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM499

Spesifikasi Infinix Hot 20

Telefon ini dikuasakan cip Mediatek Helio G85, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia ada keupayaan RAM maya, menambah 5GB untuk menjadikan jumlah RAM kepada 11GB. Kad MikroSD juga diterima masuk, sehingga 1TB.



Model ini ada skrin LCD IPS yang besar, seluas 6.82-inci HD dan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari ada di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Dalam lubang di atas skrin, menempatkan kamera hadapan 8MP. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.6 dan kamera kedua AI, dengan teknologi Super Nightscape untuk menjadikan gambar waktu malam lebih cerah.

Tenaga bateri disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia boleh mengecas melalui USB-C dengan kuasa sehingga 18W. Sistem bunyi stereo terdapat di Infinix Hot 20. Ia juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm.

Sistem operasi Android 12 digunakan untuk menjalankan Infinix Hot 20. Terdapat empat warna pilihan untuk telefon ini iaitu hitam, biru, ungu dan putih.

Satu fungsi yang menarik dilihat ada ialah NFC. Ini boleh dikatakan telefon paling murah dilancar bersama NFC. Dengannya, pengguna boleh membuat tambah nilai kad Touch n Go NFC terus di telefon pintar.

Spesifikasi Infinix Hot 20i

Infinix Hot 20i pula adalah peranti lebih mampu milik, menggunakan cip Mediatek Helio G25 12nm. Walaupun harganya di bawah RM500, storan besar 128GB dipasang di dalamnya bersama RAM 4GB. Slot kad mikroSD turut tersedia, menerima sehingga 512GB. RAM maya pula boleh diaktifkan sebanyak 3GB, menjadikan jumlah RAM kepada 7GB.

Skrin LCD IPS telefon ini sebesar 6.6-inci HD. Ia bertakuk kecil di atas, memuatkan kamera hadapan 8MP di dalamnya. Tiga kamera ada di belakang, tapi hanya dinyatakan kamera utama 13MP. Tidak dimaklumkan apa lagi 2 kamera tersebut.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan mengecas melalui USB-C dengan kuasa sehingga 10W sahaja. Speaker pula mono dan masih ada jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari ada di belakang.

Sistem operasi XOS 10.6 berasaskan Android 12 digunakan untuk menjalankan Infinix Hot 20i. Terdapat empat warna pilihan untuk telefon ini iaitu hitam, biru, hijau dan emas.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000
  • Infinix Zero X Pro dan Zero 5G, beri nilai tinggi untuk peranti kelas pertengahan
Tags: InfinixInfinix Hot 20Infinix Hot 20i
Najib

Najib

POPULAR

Infinix akan lancar dua telefon baru di bawah RM600?

Infinix Hot 20 dan Hot 20i: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER