• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Nova 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:28 am
  • 04/11/2022
  • Komen
Siri Huawei Nova 10: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selain siri Mate 50, Huawei turut mengumumkan kemas kini terhadap siri Nova mereka. Sebanyak 3 model dalam siri Nova 10 diperkenalkan untuk pengguna Malaysia dan semuanya pada harga kelas pertengahan.

Harga siri Huawei Nova 10 di Malaysia

Promo pembelian awal siri Nova 10 akan berjalan antara 12 November hingga 17 November 2022.



Berikut adalah harga jualannya sekiranya anda berminat untuk mendapatkan seunit daripadanya.

  • Huawei Nova 10 Pro, 8GB RAM, 256GB storage – RM2,599
  • Huawei Nova 10, 8GB RAM, 256GB storage – RM2,199
  • Huawei Nova 10 SE, 8GB RAM, 256GB storage – RM1,499

Buat penempah awal dalam tempoh promo, mereka akan menerima hadiah percuma bernilai RM590. Antara yang terkandung dalam hadiah itu adalah Huawei Watch Fit dan manfaat Huawei Mobile Services.



Spesifikasi Huawei Nova 10 Pro

Huawei Nova 10 Pro adalah varian paling premium. Bermula di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel OLED FHD+ sebesar 6.78” dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Atas papan utama, Huawei meggunakan kombinasi SoC Snapdaragon 778G, RAM 8GB dan storan 256GB.

Seperti siri Mate 50, tiada satupun telefon siri Nova memiliki sambungan 5G walaupun cip yang menguasakan telefon ini ada ciri tersebut. Telefon ini menjalankan sistem operasi EMUI 12 dan tiada Google Mobile Services (GMS).

Di jabatan kamera, pengguna akan menemui kombinasi tiga kamera belakang. Kamera utamanya adalah kamera 50MP “Ultra Vision Photography”. Dua lagi kamera adalah masing-masing yang ada lensa ultralebar 8MP, dan 2MP untuk bokeh. Tugas mengambil gambar swafoto pula digalas oleh kamera 60MP.

Membekalkan tenaga kepada komponen elektrik telefon ini adalah tangki bateri 4,500mAh dengan sistem pengecasan pantas 100W.

Spesifikasi Huawei Nova 10

Berada di bahagian tengah dalam saudara Nova 10 adalah varian bukan Pro. Antara persamaan yang dikongsi antara dua varian ini adalah seperti penggunaan cip Snapdragon 778G, RAM 8GB dan storan 256GB. Anda malah boleh temukan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera bokeh 2MP, dan kamera swafoto 60MP yang sama.

Di situlah persamaan mereka berakhir. Huawei Nova 10 ada panel paparan lebih kecil iaitu pada 6.67” beresolusi FHD+, OLED, dengan kadar segar semula 120Hz. Di bahagian bateri, pengguna boleh mengecas bateri 4,000mAh telefon ini menggunakan sistem pengecasan pantas 66W.

Spesifikasi Huawei Nova 10 SE

Varian terkahir, yang paling murah, adalah Huawei Nova 10 SE. Ini adalah telefon yang ada paparan OLED FHD+ sebesar 6.67” dengan kadar segar semula 90Hz. Cip yang memperkasa telefon ini Snapdragon 680 dan ia bergandingan bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Di bahagian pengimejan, telefon ini dilengkapi kamera utama 108MP. Selain kamera itu, ada dua lagi kamera belakang yang mengambil gambar iaitu kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP. Bila pengguna nak ambil gambar selfie, gunakan saja kamera 16MP di bahagian depan.

Huawei memperlengkap telefon ini dengan tangki bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan patas 66W.

Tags: androidemuiHuaweihuawei nova 10huawei nova 10 prohuawei nova 10 setelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Huawei Nova 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

Siri Huawei Nova 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER