• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemaskini MySejahtera & tempah dos penggalak kedua vaksin COVID-19 melaluinya sekarang

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:22 am
  • 07/11/2022
  • Komen
PESANAN: Jangan berkumpul di pusat vaksinasi dengan harapan mendapat suntikan AstraZeneca yang berlebihan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sudah dapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19? Jika ya dan ia telah berlaku pada atau lebih dari 6 bulan yang lalu, maka sudah tiba masanya anda dapatkan suntikan dos penggalak yang kedua. Anda tidak perlu telefon satu per satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdekatan untuk tanyakan ketersediaan vaksin mereka, tapi dengan mudah anda kini boleh lakukan janji temu menerusi MySejahtera.

Dos penggalak ini adalah untuk individu yang berusia 18 tahun ke atas. Cara untuk tempah janji temu ialah:



  1. Kemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini
  2. Klik pada ikon COVID-19 Vaksinasi
  3. Seterusnya tekan pada tulisan “Klik di sini untuk menempah janji temu anda”
  4. Pada halaman Tempahan, sahkan kenyataan yang diberikan
  5. Anda akan di bawa ke halaman Carian PPV, pilih jenis vaksin dan masukkan poskod, kemudian tekan Cari
  6. Akan tersenarai PPV yang boleh anda dapatkan vaksin di halaman itu
  1. Tekan pada mana-mana PPV yang anda ingin kunjungi
  2. Seterusnya pilih Slot yang anda mahu
  3. Setelah selesai, tekan butang Sahkan untuk sahkan slot
  4. Setelah selesai, pastikan anda hadir ke PPV yang anda pilih pada tarikh dan masa yang dinyatakan untuk dapatkan suntikan

Sebelum lakukan tempahan, anda perlu tahu bahawa tidak semua PPV yang tertera ada sediakan slot suntikan penggalak. Jadi, anda perlu lihat satu per satu senarai PPV yang tersedia untuk tempah slot anda.

Baru-baru ini ada dikongsikan bahawa subvarian Omicron dikenali sebagai XBB telah dikesan di Malaysia. Malah, Khairy Jamaluddin juga ada mengesyorkan orang ramai memakai pelitup muka berikutan peningkatan kes COVID-19. Nampaknya, orang ramai perlu sentiasa berjaga-jaga dengan virus ini dan dapatkan suntikan penggalak vaksin untuk mengelak dari menerima kesan sampingan yang teruk.



[Sumber: Dr Mahesh Appannan]

Bacaan berkaitan

  • COVID-19 Omicron XBB, sejauh mana bahayanya subvarian ini?
  • Kes COVID-19 meningkat, orang ramai disyorkan untuk pakai pelitup muka
  • Kad Penderma Darah kini ada di MySejahtera, tapi ia hanya untuk penderma di pusat terpilih ini sahaja
Tags: COVID-19mysejahteravaksinVaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
PESANAN: Jangan berkumpul di pusat vaksinasi dengan harapan mendapat suntikan AstraZeneca yang berlebihan

Kemaskini MySejahtera & tempah dos penggalak kedua vaksin COVID-19 melaluinya sekarang

7 November 2022
Memotong barisan di jalan raya kini kesalahan trafik dibawa terus ke mahkamah

Memotong barisan di jalan raya kini kesalahan trafik dibawa terus ke mahkamah

19 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER