• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 6 Edisi Batman: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:40 pm
  • 08/11/2022
  • Komen
Asus ROG Phone 6D dijual lebih murah, ada diskaun RM300 untuk pembeli terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan siri ROG Phone 6D, Asus Malaysia turut mengumumkan ketibaan telefon pintar edisi khas, ROG Phone 6 Batman Edition. Telefon ini dilancar di pentas antarabangsa dengan dua edisi, menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 serta cip Mediatek Dimensity 9000+. Tetapi untuk pasaran Malaysia, kita menerima versi Mediatek.

Harga dan tarikh jualan

Bagi edisi Batman ini, ia akan berada di pasaran Malaysia pada 25 November 2022. Hanya ada satu varian dibawa ke sini dengan harga seperti berikut:



  • ROG Phone 6 Batman Edition (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,799

Dengan storan dan RAM yang serupa dengan ROG Phone 6D biasa, edisi Batman ini lebih mahal RM1,300. Ini kerana anda menerima banyak perkakas eksklusif dan istimewa bersamanya. Tetapi tiada kipas AeroActive Cooler 6 diberikan, perlu dibeli berasingan.

Spesifikasi ROG Phone 6 Batman Edition

Edisi khas Batman di Malaysia ini datang dalam kuasa Mediatek Dimensity 9000+, bersama RAM LPDDR5X yang lebih baru dan perkasa serta storan UFS3.1 yang super pantas. Ia dihiasi dengan pelbagai rekaan bertemakan kelawar, antaranya di kotak telefon, logo Aura RGB di belakang serta aksesori khas iaitu pin dulang kelawar, sarung telefon Batman, beg simpanan kalis air dan paling menarik, lampu pemancar kelawar mini.



Pengguna juga akan menerima pelbagai logo, ikon aplikasi, wallpaper dan gambar tema berkaitan kelawar dan Batman. Pengimbas capjari turut dihiasi logo kuning Batman, ditekan dan diimbas untuk membuka kunci skrin telefon.

Paparannya menggunakan skrin AMOLED seluas 6.78-inci, memilikir resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 165Hz. Skrin ini tiada takuk dan lubang dengan bingkai yang besar di atas dan bawah telefon, serta dilapisi kaca Corning Gorilla Glass Victus yang sangat tahan lasak. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Kameranya 12MP di hadapan dan terletak dalam bingkai di atas skrin. Di belakang pula gabungan kamera 50MP F1.9 dengan sensor Sony IMX766, kamera ultra lebar 13MP dan kamera makro 5MP.

Bateri mega 6,000mAh dalam bentuk dwi-sel 3,000mAh digunakan di dalam dan ia menyokong pengecasan pantas 65W. Malah ada dua port USB-C untuk mengecas, di bawah telefon dan di sisi. Port di sisi memudahkan penggunaan telefon semasa mengecas.

Butang bahu AirTrigger 6 terdapat di sisi telefon. Sensor ultrasonik ini bertindak sebagai butang tambahan yang boleh diubahsuai penggunaan dan cara. Antaranya menekan, menyapu, mengangkat, giroskop dan banyak lagi.

Bagi hiasan di belakang, edisi Batman ini mewarisi dot LED yang membentuk logo ROG dan Batman berkelip-kelip dalam warna-warni RGB. Ia dipadankan bersama teks berlampu ‘Dare To Leap’ di atasnya.

Kepada kaki gaming di telefon yang juga peminat Batman, ini adalah koleksi yang patut anda miliki.

Bacaan Berkaitan

  • ROG Phone 6D, telefon gaming ASUS yang lebih murah dilancar dan akan tiba di Malaysia
  • Asus ROG Phone 6 & ROG Phone 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • ASUS Rog Phone 6, telefon gaming terhebat menjadi lebih hebat
  • Asus ROG Phone 6D dijual lebih murah, ada diskaun RM300 untuk pembeli terawal
Tags: asusAsus ROG Phone 6Asus ROG Phone 6 BatmanROG Phone 6 Batman
Najib

Najib

POPULAR

Asus ROG Phone 6D dijual lebih murah, ada diskaun RM300 untuk pembeli terawal

ROG Phone 6 Edisi Batman: Maklumat penjualannya di Malaysia

8 November 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN