• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ramai pembeli di Malaysia mudah terikut influencers untuk berbelanja

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:52 pm
  • 08/11/2022
  • Komen
Ramai pembeli di Malaysia mudah terikut influencers untuk berbelanja
Share on FacebookShare on Twitter

Anda selalu beli-belah dalam talian disebabkan pengaruh influencers? Jika ya, adakah itu bermakna influencers telah beri kesan besar kepada anda? Untuk mengulas tentang hal ini, Shopee telah membuat tinjauan orang ramai dan menganjurkan satu forum maya bersama Influencers di Malaysia. Disertakan juga beberapa statistik yang menceritakan tentang bagaimana influencers mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah di dalam talian.

Melalui forum ini, tiga speaker telah ditampilkan iaitu Hanita Sayuti yang merupakan Shopee Bintang Seller, Syazwani Md Saad seorang Shopee Affiliate, Nikki Wong merupakan Shopee Livestream Influencer dan Encik Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.



 Dari kiri Azaria Tagaya, Hanita Sayuti, Syazwani Md Saad, Nikki Wong dan Encik Kenneth Soh.

75% pengguna rujuk influencers untuk selesaikan masalah produk

Bulan ini, Shopee telah meninjau seramai 2,459 pembeli di Malaysia untuk ketahui kesan influencer kepada mereka. Menurut Kenneth Soh, walaupun beribu-ribu pembeli menonton Shopee Live setiap hari, namun mereka dapati tidak semua menontonnya semata-mata untuk tujuan membeli-belah. Malah, 27% daripada pembeli yang ditinjau menonton Shopee Live adalah kerana kandungan hiburan dan pendidikan.

Kandungan hiburan yang boleh dijadikan contoh ialah program “Mum’s Club Show” di Shopee Live. Di sana, komuniti ibu influencer akan berbincang tentang topik kesihatan yang berkaitan dengan ibu, anak-anak dan juga kanak-kanak berkeperluan khas.



Di Shopee, influencer yang terlibat bukan sahaja jadi penjual, tapi mereka juga merupakan pengguna yang kongsikan pengalaman sendiri semasa kempen besar. Mungkin kerana inilah penoton jadi tertarik untuk dapatkan barang yang dipromosikan oleh influencer.

Didapati juga, sebanyak 75% pelanggan yang ditinjau itu mengikuti video tutorial dari influencer untuk selesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan produk mereka.

Di samping itu, menurut Hanita Sayuti selaku penjual produk wangian, baginya penglibatan influencer adalah penting untuk pemilik perniagaan kerana ia menjadi titik sentuh untuk pembeli. Maka di sini dapat dilihat bahawa penglibatan influencer sangat penting untuk mempromosikan jualan.

Kandungan peribadi dari influencer dapat tarik pelanggan

Mengulas tentang masa depan e-dagang dengan influencer pula, Nikki Wong dan Syazwani Md Saad bersetuju bahawa mencipta kandungan yang peribadi penting untuk bina kesetiaan pelanggan dalam jangka masa panjang.

Nikki berkongsi, niatnya untuk bersiaran langsung bukanlah hanya untuk dapatkan jualan, tapi tujuannya adalah untuk kongsi sesuatu yang baik dengan pengikut, contohnya ulasan produk dan petua DIY. Untuk Syazwani pula, dia mengamalkan ketelusan dan konsistensi. Dia akan menyapa pengikutnya setiap pagi dan berkongsi tentang harinya dengan mereka.

Perkara yang mereka lakukan ini selari dengan hasil kajian Shopee di mana 75% pembeli Malaysia menyatakan bahawa influencer boleh menonjol dengan cara kekal relevan, berinteraksi dengan pengikut dan memupuk hubungan jenama yang kukuh.

Melalui kajian Shopee ini, dapat dilihat bahawa kewujudan influencer telah berikan impak besar kepada orang ramai. Malah, saya sendiri juga akan jadikan influencer yang mesra dan dipercayai sebagai rujukan sebelum dapatkan sesebuah produk yang diguna. Apa yang saya lihat ialah, kebanyakan influencer di Shopee memang berikan impak besar pada penonton, terutamanya ketika tampil di Shopee Live. Bukan sahaja penotonnya ramai, malah adakalanya barang yang dijual juga cepat habis. Hal ini dapat membuktikan bahawa influencer memberikan pengaruh besar kepada orang ramai.

Tags: Shopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Ramai pembeli di Malaysia mudah terikut influencers untuk berbelanja

Ramai pembeli di Malaysia mudah terikut influencers untuk berbelanja

8 November 2022
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER