• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift 3 OLED masuki Malaysia, harga bermula RM4,399 dan diperkasa sehinggga Intel Core i7

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:28 am
  • 10/11/2022
  • Komen
Acer Swift 3 OLED masuki Malaysia, harga bermula RM4,399 dan diperkasa sehinggga Intel Core i7
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah diumumkan beberapa ketika dulu, Acer Malaysia hari ini membawa masuk siri laptop Acer Swift 3 terbaharu mereka. Generasi kali ini ada panel paparan OLED yang pastinya menghasilkan gambar lebih cantik dan ia turut diperkasa cip Intel generasi ke-12 yang lebih segar.

Harga Acer Swift 3 OLED di Malaysia

Buat yang berminat untuk mendapatkannya, Acer Swift 3 OLED sudahpun boleh mula dibeli melalui Acer eStore dan gedung dalam talian mereka di Shopee. Berikut adalah opsyen yang anda ada:



  • Swift 3 OLED, Intel Core i5-12500H, RAM 8GB, SSD 512GB – RM4,399
  • Swift 3 OLED, Intel Core i7-12700H, RAM 16GB, SSD 1TB – RM5,399

Laptop ini dilhat akan bersaing dengan produk seperti Zenbook 14 OLED daripada pengeluar Asus. Laptop tersebut dijual pada harga bermula RM4,799 dengan CPU Intel Core i5-1240P manakala varian tertinggi diperkasa Intel Core i7-1260P yang berharga RM5,699.

CPU pada pesaing Asus nampak lebih lemah tapi pastinya hayat bateri akan lebih panjang manakala di kem Acer, jangkakan prestasi pengkomputeran yang lebih tinggi dengan mengorbankan sedikit hayat bateri.



Spesifikasi Acer Swift 3 OLED

Naik taraf paling besar pada edisi kali ini tentu sekali pada bahagian paparan. Laptop ini dilengkapi panel 14” (2880 x 1800) berbingkai nipis dengan kadar segar semula 90Hz dan tahap kecerahan setinggi 500nits. Paparan laptop ini meliputi 100% cakupan gamur warna DCI-P3 dan ada piawiaan DisplayHDR True Black 500.

Keseluruhan badannya diperbuat daripada alumunium dengan berat Cuma 1.4kg dan tebal 17.9mm. Buat yang mementingkan alam sekitar. Permukaan pad sesentuhnya diperbuat daripada materi plastic kitar semula yang dikutip daripada laut.

Atas papan utama, pengguna boleh temui CPU Intel Core i5-12500H yang terbaharu. Cipset ini digandingkan bersama RAM LPDDR5 8GB beserta storan SSD 512GB. Varian tertinggi pula diberikan cip Core i7-12700H bersama-sama dengan RAM 16GB dan storan SSD 1TB. Tiada sebarang GPU luaran diberikan sebaliknya tugasan memproses grafik dikendalikan Iris Xe.

Papan kekuncinya ada lampu latar LED dan turut digunakan sebagai tempat masuk udara sejuk yang katanya 10% lebih cekap dalam pengurusan haba berbanding rekaan papan kekunci konvensional.

Sistem bateri berkapasiti 57Wh membekalkan tenaga kepada laptop ini dan ia menyokong pengecasan 100W. Hayat bateri yang diiklankan adalah sehingga 8 jam lamanya.

Tags: AcerAcer Swift 3acer swift 3 oled
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Acer Swift 3 OLED masuki Malaysia, harga bermula RM4,399 dan diperkasa sehinggga Intel Core i7

Acer Swift 3 OLED masuki Malaysia, harga bermula RM4,399 dan diperkasa sehinggga Intel Core i7

10 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER