• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan

  • OLEH Najib
  • 11:53 am
  • 10/11/2022
  • Komen
PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan
Share on FacebookShare on Twitter

Cadangan melarang penggunaan telefon bimbit semasa mengundi akhirnya akan dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk Pilihanraya Umum ke-15 nanti (PRU15). Perkara itu dijelaskan menerusi poster yang baru dimuat naik oleh SPR di media sosial rasmi mereka.

Poster tersebut menjelaskan tentang cara-cara untuk mengundi di dalam bilik mengundi, menerusi 10 langkah pengundian. Peraturan umum menunjukkan, selain perlu senyap, pengundi juga dilarang menggunakan telefon bimbit sepanjang masa di dalam bilik mengundi.



Tetapi larangan ini lebih jelas pabila di langkah ke-6, selepas pengundi menerima kertas undi daripada kerani ketiga, pengundi perlu bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan meninggalkan telefon bimbit padanya.

Selepas memangkah kertas undi dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi, barulah pengundi boleh kembali ke meja KTM untuk mengambil semula telefon bimbit. Langkah ini merupakan kali pertama diadakan untuk pilihanraya di Malaysia.



Undi rahsia, elak beli undi

Perkara ini sebenarnya pernah disuarakan oleh Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Dr Mahathir Mohamad yang menggesa SPR mengenakan larangan membawa telefon bimbit ke dalam bilik mengundi. Menurutnya, membawa telefon bimbit semasa mengundi boleh menidakkan rahsia pengundi dan mendorong parti menggunakan maklumat untuk sogokan.

Pengerusi NGO Bersih, Thomas Fann mengalu-alukan tindakan yang diambil oleh SPR ini. Dia gembira kerana mereka yang ‘membeli’ undi memerlukan mereka yang ‘menjual’ undi mengambil gambar undi selepas memangkah sebagai bukti.

Selain itu, adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk menunjukkan undi anda yang ditanda kerana undi adalah rahsia. Anda boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, terangnya kepada Malaysiakini.

[Sumber: SPR, Malaysiakini]

Tags: PRU15SPRtelefon pintar
Najib

Najib

POPULAR

PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan

PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan

10 November 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN