• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 15/11/2022
  • Komen
Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Android! Hari ini anda boleh bermegah dengan pengguna Apple Pay kerana pesaing kepada servis itu iaitu Google Pay kini secara rasminya ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Menggunakan Google Pay, anda boleh melakukan pembayaran secara fizikal dengan telefon ber-NFC di terminal-terminal yang menyokong pembayaran tanpa sentuh.

Untuk permulaan, berikut adalah senarai bank dan kad yang menyokong Google Pay:



  1. CIMB Bank (kad kredit Mastercard)
  2. Hong Leong Bank (semua kad kredit/debit Visa & Mastercard)
  3. Hong Leong Islamic Bank (kad debit Mastercard)
  4. Public Bank (kad kredit Visa, kad debit Visa)
  5. HSBC (kad kredit Visa, kad kredit Mastercard) (akan datang)
  6. HSBC Amanah (kad kredit Visa, kad kredit Mastercard) (akan datang)

Ini senarai kad bank yang disokong Apple Pay, Google Pay, dan Samsung Pay

Buat anda yang ingin menggunakan Google Pay, fungsi ini tersedia di dalam aplikasi Google Wallet yang boleh anda muat turun di gedung dalam talian telefon masing-masing.



Muat turun Google Wallet

Selain daripada Google Pay, ada beberapa fungsi menarik lagi yang perlu anda tahu terkandung dalam APP Google Wallet. Di pasaran luar sana, pengguna boleh memasukkan pas pengangkutan, kad kesetiaan, dan kad hadiah untuk memudahkan sewaktu di kaunter.

Kemudian, Google Wallet turut menyokong fungsi kad pemvaksinan COVID-19 ataupun tiket-tiket keramaian.

Tags: Googlegoogle paynfc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon

Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon

15 November 2022
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN