• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan gelabah bila anda terima mesej akaun dorman daripada TNG eWallet, ia adalah ralat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:25 pm
  • 15/11/2022
  • Komen
Jangan gelabah bila anda terima mesej akaun dorman daripada TNG eWallet, ia adalah ralat
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini ramai yang menyerbu ruangan komen setiap utusan Touch n Go eWallet di laman sosial. Aduan mereka adalah sama iaitu mereka menerima mesej yang akaun mereka berada dalam status dorman dan akan dikenakan fi sebanyak RM2.50/annum.

Salah seorang penulis kami, Najib, juga menerima mesej yang sama. Apabila diperiksa sejarah transaksi TNG eWallet, tiada sebarang penolakan dilakukan berkenaan isu ini.



Rupa-rupanya, ia adalah ralat daripada pihak penyedia perkhidmatan dan mereka telahpun menghantar emel susulan yang mengandungi permohonan maaf. Pihak mereka juga mengesahkan tiada sebarang penolakan dilakukan ke atas akaun yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi akaun dorman.

Memang bayaran dikenakan sekiranya akaun anda tidak aktif. Berdasarkan laman FAQ “Akaun Dorman” ditakrifkan sebagai akaun yang tidak melakukan sebarang transaksi ataupun log masuk untuk 365 hari beturut-turut. Apabila akaun sebegini dikesan, status akaun akan ditukar kepada “Suspended” dan kepada “Blocked” selepas 180 hari berada dalam status Suspended.



Sebarang wang yang tidak digunakan akan dipindahkan kepada Pentadbir Wang Tak Dituntut selepas 7 tahun.

Namun, sebelum akaun itu menjadi dorman, pihak TNG eWallet akan menghantar SMS kepada nombor telefon akaun berdaftar bagi mengigatkan pemilik akaun untuk lakukan transaksi.

Tags: tngtng ewalletTouch n Gotouch n go digital
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jangan gelabah bila anda terima mesej akaun dorman daripada TNG eWallet, ia adalah ralat

Jangan gelabah bila anda terima mesej akaun dorman daripada TNG eWallet, ia adalah ralat

15 November 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN