• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tonton Piala Dunia Qatar 2022 percuma dengan Maxis dan Hotlink

  • OLEH Najib
  • 9:26 am
  • 15/11/2022
  • Komen
Tonton Piala Dunia Qatar 2022 percuma dengan Maxis dan Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

Anda dah bersedia untuk menyaksikan perlawanan bolasepak terulung di dunia, Piala Dunia Qatar 2022 tetapi masih tidak pasti bagaimana caranya? Kini anda boleh menonton siaran langsung perlawanan ini dengan menjadi pelanggan Maxis atau Hotlink.

Maxis kini mengumumkan penawaran 1 juta pas Sooka percuma untuk siaran langsung perlawanan Piala Dunia Qatar 2022. Ia boleh digunakan untuk menonton mana-mana 64 perlawanan secara langsung di platform penstriman Sooka.



Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan Pascabayar Maxis, Pascabayar Hotlink, Prabayar Hotlink dan Maxis Home Fibre. 1 juta pas percuma ini boleh ditebus antara 20 November sehingga 18 Disember 2022, di dalam aplikasi Maxis dan Hotlink. Kod unik penebusan akan dihasilkan setiap hari di dalam aplikasi, jadi pengguna harus cepat merebut peluang ini.

Jika cepat dan berjaya menebus, pas percuma tersebut sah untuk satu perlawanan pilihan pelanggan hari itu. Pas ini juga mmeberikan data tambahan berkelajuan tinggi sebanyak 1GB untuk memberi pengalaman tontonan terbaik. Jika tidak cukup, pelanggan boleh mendapatkan Pas Internet Mudah Alih 10GB untuk digunakan di Sooka selama 30 hari selepas penebusan.



Langgan Sooka dan tonton semua perlawanan Piala Dunia

Kalau anda lebih berminat untuk membayar untuk menonton semua perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 tanpa melanggan Astro dan terikat kontrak, anda boleh melanggan Pas Piala Dunia 2022 Sooka. Terdapat pilihan untuk menonton di peranti mudah alih, atau di TV.

Untuk peranti mudah alih, Sooka menawarkan Pas Piala Dunia 2022 berharga RM49.90. Pelanggan akan boleh menonton semua 64 perlawan secara langsung, serta akses ke kandungan Video On Demand (VOD) berkaitan Piala Dunia 2022. Tetapi ia hanya boleh ditonton di satu peranti sahaja.

Bagi menonton di TV pula, boleh dapatkan pas VIP TV berharga RM62.90/bulan. Memandangkan Piala Dunia berlangsung selama sebulan, dari 20 November hingga 18 Disember 2022, sebaiknya anda mula melanggan pada 20 November supaya dapat menonton sehingga perlawanan akhir dengan membeli 1 pas sahaja.

Lagi menarik, pas VIP TV boleh ditonton serentak di dua peranti, satu di TV dan satu peranti mudah alih. Jadi anda tidak akan terlepas jika masih di jalan di samping dapat menonton di skrin besar di rumah. Anda boleh muat turun aplikasi Sooka di Apple Appstore atau Google Playstore. Layari laman web www.sooka.my untuk maklumat lanjut.

Tags: hotlinkmaxisPiala Dunia Qatar 2022sooka
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Tonton Piala Dunia Qatar 2022 percuma dengan Maxis dan Hotlink

Tonton Piala Dunia Qatar 2022 percuma dengan Maxis dan Hotlink

15 November 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER