• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon boleh lipat Honor yang seterusnya didatangkan dengan stailus

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:07 pm
  • 16/11/2022
  • Komen
Telefon boleh lipat Honor yang seterusnya didatangkan dengan stailus
Share on FacebookShare on Twitter

Honor diajualkan melancarkan telefon boleh lipat terbaharu mereka pada 23 November 2022 ini. Telefon yang bakal diumumkan mereka adalah Honor Magic Vs dan pendaftaran minat sudahpun dibuka dalam pasaran China. Menghampiri tarikh pelancaran itu, Honor telah mula menyebarkan teaser-teaser tentang produk itu.

Salah satunya adalah selebriti yang memperagakan Honor Magic Vs.



Daripada dua keping gambar itu, salah satunya kelihatan peragawati itu memegang sebatang stailus berwarna hitam di dalam tangan. Ia mencadangkan bahawa telefon ini bakal menerima sokongan stailus seperti S Pen pada Galaxy Z Fold 4. Lain-lain perician yang boleh anda cerap adalah seperti warna emas badannya serta corak kemasan yang unik sebagai kemasa belakang.

Daripada fizikaliti, ia hampir sama dengan Honor Magic V yang mereka umumkan awal tahun 2022 lalu. Untuk spesifikasi dalaman pula, jangkakan naik taraf yang minimum. Menurut spekulasi, ia masih diperkasa cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama-sama sistem bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 66W.



Pada Honor Magic V yang dulu, ia ada panel paparan 6.45” FHD OLED 120Hz di bahagian luar dan apabila dibuka, ia diberikan panel 7.9” (2272×1984) OLED 90Hz. Bersama-sama dengan cip flagship 2022 itu, Honor Magic V diberikan RAM 12GB dan storan sehingga 512GB.

Honor Magic V: Telefon lipat pertama berkuasa Snapdragon 8 Gen 1

Seperti Honor Magic V yang tidak masuki Malaysia, Magic Vs juga mungkin mengalami nasib sama. Cumanya, mungkin ada perubahan strategi berlaku di tahun depan yang membolehkan telefon ini masuki pasaran kita?

Sumber: GizmoChina

Tags: foldablehonorhonor magicHonor Magic Vhonor magic vs
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telefon boleh lipat Honor yang seterusnya didatangkan dengan stailus

Telefon boleh lipat Honor yang seterusnya didatangkan dengan stailus

16 November 2022
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN