• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Imej render Google Pixel Fold tersebar, tiada apa yang wow pun

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:51 am
  • 16/11/2022
  • Komen
Imej render Google Pixel Fold tersebar, tiada apa yang wow pun
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah empat iterasi Galaxy Fold keluar dalam pasaran. Jenama lain pula satu demi satu melancarkan versi telefon boleh lipat masing-masing. Semakin lama menunggu, peluang untuk menarik secebis pegangan pasaran semakin tipis kecualilah pengeluar boleh membuatkan pengguna berteriak “wow”, sama ada melalui rekaan ataupun tanda harga.

Dalam kes Google, saya rasakan satu-satunya cara mereka boleh bersaing adalah pada harga kerana berdasarkan imej renderGoogle Pixel Fold yang tersebar luas, ia adalah sebuah peranti boleh lipat biasa sahaja, sekurang-kurangnya pada rekaan.



Bahagian yang unik pada Google Pixel Fold adalah bonjolan kamera belakangnya yang ada iras Pixel 7 sedia ada tapi tidaklah menjangkau daripada hujung ke hujung. Bahagian engsel nampak lebih kemas dan apabila dikatup, ia tertutup rapat seperti Vivo Fold yang kami cuba dulu.

Berdasarkan render juga, kita boleh jangkakan sekurang-kurangnya dua varian warna ditawarkan. Yang berwarna putih bakal digelar sebagai “chalk” manakala yang hitam “obsidian”.



Untuk maklumat harga, tiada info konkrit diikongsikan tapi angka yang dispekulasikan adalah sekitar USD1,700 (~RM7,700) sebagai perbandingan, Galaxy Z Fold4 ditawarkan pada USD1,650 ataupun RM6,799 di Malaysia. Buat pengguna biasa, nampaknya masih jauh lagi era yang di dalamnya ada telefon boleh lipat mampu milik.

Google Pixel Fold khabarnya akan diumumkan dalam bulan Mac 2023 nanti bersama-sama tablet Google Pixel.

Sumber: Front Page Tech

Tags: Googlegoogle pixelgoogle pixel fold
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Imej render Google Pixel Fold tersebar, tiada apa yang wow pun

Imej render Google Pixel Fold tersebar, tiada apa yang wow pun

16 November 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN