• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disneyland dan Disney City akan dibuka di Melaka? Macam tak logik

  • OLEH Najib
  • 10:05 am
  • 17/11/2022
  • Komen
Disneyland dan Disney City akan dibuka di Melaka? Macam tak logik
Share on FacebookShare on Twitter

Negeri Melaka bakal melihat pembinaan taman tema Disneyland dan Disney City pada tahun 2027, di tapak berkeluasan kira-kira 80.9 hektar di Jasin. Ia akan menjadi taman tema terbesar seumpananya di Asia Tenggara, lapor TV3.

Perkara ini diumumkan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) semalam, melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).



Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Hadir sama Timbalan Pengerusi Menara Taming Sari, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad, Mohd Salleh Jusman; Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming SariAzlan Abidin; Pengerusi KCI Metrolink Sdn Bhd, Dr. Parimalan R. Isa Michael dan wakil KCCF, Mr Sunkyo Chris Lee.

Dalam MoU tersebut, ia adalah cadangan untuk membina sistem tren Maglev sejauh 22km bagi menghubungkan lokasi pelancongan utama, serta membangunkan Taman Tema Disneyland dan Disney City di Negeri Melaka. Pelaburan untuk menjayakan projek ini dijangka mencapai hingga RM2 bilion.



Tetapi satu nama penting tidak disebut atau dilihat hadir dalam perjanjian ini. Di mana wakil Disney? Tiada Mickey Mouse dan tiada Donald Duck.

Pengumuman ini kelihatan dibuat oleh sebelah pihak, tanpa melibatkan pemilik jenama Disney. Apatah lagi, nama Disney City tidak pernah digunakan dan wujud sebelum ini. Jika ini benar, adakah Disney sebenarnya tidak terlibat dan diumumkan sesuka hati?

Kita telah melihat bagaimana Taman Tema Fox di Genting Highland yang menerima kelulusan pemilik jenama, terpaksa ditangguhkan kerana masalah pelesenan dan masih belum dibuka sepenuhnya sehingga kini.

Lebih menakutkan jika melihat sejarah Taman Tema MAPS di Ipoh, Perak. Ia adalah taman tema dengan tarikan berasaskan animasi DreamWorks Animation dan The Smurfs. Perancangan untuk membukanya tahun 2015, ditangguhkan sehingga 2017. Tetapi ia mengalami kerugian akibat kurang pengunjung dan ditutup pada tahun 2020. Taman tema ini telah terbiar dan tidak terurus sekarang sehingga tumbuh semak samun.

Selain itu, Melaka juga pernah membina Monorel sepanjang 2.5km bagi tujuan tarikan pelancong. Ia dibuka pada tahun 2010 tetapi pernah ditutup beberapa kali akibat pelbagai kemalangan dan kerosakan. Akhir sekali ia dihentikan operasi pada tahun 2020 kerana kerajaan Melaka menamatkan kontrak syarikat pengendali, kerana melanggar terma dan syarat perjanjian. Sehingga kini, ia telah terbiar dan tidak lagi digunakan.

Malaysia telah membangunkan banyak projek mega dan berskala besar tetapi sudah banyak berita tentang kegagalannya. Masalah utama ialah bina dahulu tetapi tidak menyediakan penyelenggaraan dan baik pulih yang sepatutnya.

Apakah berita Disneyland dan Disney City ini betul atau berita palsu? Jika benar sekalipun, adakah ia boleh bertahan lama?

[Sumber: TV3, TRP]
[Gambar: Disney]

Tags: DisneyDisney CityDisneylangMelaka
Najib

Najib

POPULAR

Disneyland dan Disney City akan dibuka di Melaka? Macam tak logik

Disneyland dan Disney City akan dibuka di Melaka? Macam tak logik

17 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER