• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Maklumat peribadi penumpang AirAsia Malaysia, Indonesia dan Thailand terbocor akibat perisian tebusan

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 22/11/2022
  • Komen
Maklumat peribadi penumpang AirAsia Malaysia, Indonesia dan Thailand terbocor akibat perisian tebusan
Share on FacebookShare on Twitter

Maklumat peribadi 5 juta penumpang AirAsia termasuk AirAsia Malaysia, AirAsia Indonesia dan AirAsia Thailand, mungkin telah terdedah selepas syarikat penerbangan tersebut diserang perisian tebusan (ransomware). Dikatakan, AirAsia telah menjadi mangsa kepad serangaan ransomware Daixin Team dan penyerang telah berkongsi dua fail CSV yang mengandungi maklumat peribadi penumpang dan pekerja.

Kumpulan Daixin telah diletakkan di dalam senarai Amaran Keselamatan Siber Bersama Amerika Syarikat, yang dilaporkan pada 21 Oktober 2022. Dari sampel data tersebut, fail CSV itu mengandungi ID penumpang, nama penuh (nama pertama, tengah dan akhir), ID tempahan dan jumlah harga kos tiket. Manakala CSV pekerja pula mengandungi lebih banyak maklumat seperti, gambar, soalan rahsia, jawapan rahsia, bandar kelahiran, negara kelahiran dan kewarganegaraan.



AirAsia Group is allegedly hit by Daixin ransomware group 5M UNIQUE Passengers personal data, All employees personal data leaked@ransomwaremap pic.twitter.com/M9bg22S5QW

— Soufiane (@S0ufi4n3) November 20, 2022

Menurut DataBreaches, serangan ransomware ini terjadi pada 11 dan 12 November 2022 dan dikatakan, AirAsia telah memberi maklumbalas kepada Daixin Team menerusi ruang sembang. Selepas berkongsi contoh data, AirAsia tidak cuba untuk berunding jumlah wang tebusan dan tidak berniat untuk membayarnya.

Nilai tebusan yang diminta tidak dinyatakan tetapi Daixin Team berkata, mereka telah mengelak daripada mengunci fail penting berkaitan dengan peralatan penerbangan, sebagai sebahagian daripada usaha mengelak untuk menyulitkan atau memusnahkan apa-apa yang boleh mengancam nyawa.



Jurucakap Daixin Team memberitahu DataBreaches bahawa organisasi Kumpulan AirAsia yang lemah telah menyelamatkan syarikat daripada serangan selanjutnya. Walaupun mereka telah menyulitkan banyak sumber dan membuang salinan data, mereka tidak bertindak selanjutnya untuk membuat lebih banyak kerosakan. Dikatakan, Daixin Team tidak mahu terus mengutip sampah untuk masa lebih lama.

Selain membocorkan maklumat penumpang di laman mereka, Daixin Team merancang untuk membocorkan lebih maklumat tentang rangkaian, termasuk pintu belakang secara tertutup dan terbuka di forum penggodam.

Malaysia telah menyaksikan peningkatan dalam kebocoran data peribadi dengan sekurang-kurangnya 3,699 insiden dilaporkan sejak 2017. Pada tahun 2019, Malindo Air (kini Batik Air) mengakui kebocoran data yang datang daripada dua bekas pekerja pembekal perkhidmatan eDagangnya. Terbaru, berlaku kebocoran data di Carousell melibatkan 2.6 juta pengguna manakala data peribadi yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk gambar eKYC dijual dalam talian.

Walaupun terdapat kebocoran besar yang melibatkan data peribadi warganegara Malaysia, Menteri Dalam Negeri sementara Dato Seri Hamzah Zainuddin menafikan ia datang daripada JPN, manakala Menteri Pertahanan sementara Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata kebocoran data itu tidak menjejaskan keselamatan negara.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan

  • Menteri Pertahanan: Kebocoran data sensitif tak gugat keselamatan negara. Apa kejadah?!
  • KiplePay hantar notis kebocoran data kad pengguna selepas kes iPay88, tetapi pengguna tidak perlu khuatir
  • Kebocoran Data Malindo Air Bukan Sebab Serangan Siber
  • Lebih 45 juta entri data sensitif Malindo Air tahun 2019 terbocor dan dimuat naik
Tags: AirAsiapenggodamRansomware
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Maklumat peribadi penumpang AirAsia Malaysia, Indonesia dan Thailand terbocor akibat perisian tebusan

Maklumat peribadi penumpang AirAsia Malaysia, Indonesia dan Thailand terbocor akibat perisian tebusan

22 November 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER