• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:06 am
  • 22/11/2022
  • Komen
Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan Garis Panduan Komuniti, kandungan berbentuk perilaku yang menghasut atau mempromosikan kebencian tidak dibenarkan di platform itu. Bukan kandungan itu akan dibuang, malahan kata mereka akaun ataupun pengguna yang terlibat akan diharamkan daripada Twitter.

Tapi lain pula ceritanya berdasarkan penemuan beberapa pengguna TikTok ini. Selepas PRU15 melabuhkan tirai, keputusan sudah diumumkan, dan proses pewujudan kerajaan baharu sedang berjalan, kandungan-kandungan yang tidak sihat dikesan mula menular.



Siang tadi saya sebut yang di TikTok hangat dengan isu perkauman keras, sampai tunjuk kerambit dan parang.

Ini saya share, anda boleh tonton sendiri hasil carian 4 min, dipotong jadi 2 minit.

Perhatikan # yang digunakan di caption pic.twitter.com/dnvvFPJQRJ

— aku/saya (@bumilangit) November 21, 2022

Kandungan-kandungan yang dimaksudkan ada yang merujuk kepada peristiwa rusuhan kaum yang popular dipanggil “Perisitiwa 13 Mei 2022”. Antara isi yang cuba disampaikan adalah seperti ada kaum yang cuba menghapuskan kaum lain dengan cara sistematik. Lebih parah, ada daripada kandungan ini yang disebarkan dalam bentuk iklan berbayar.

Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Bukankah TikTok katanya ada moderator yang perlu meluluskan iklan sebegini?



Disebabkan iklan-iklan sebeginilah ia mencetuskan api dalam diri sebilangan pengguna Twitter lain.

Siap paid partnership ni. pic.twitter.com/IvKSNrm1HX

— Mat Hades (@hadesmelayu) November 21, 2022

Ada pengguna TikTok yang memuat naik utusan mempamerkan senjata yang mungkin menunjukkan sudah bersedia untuk berperang. Ada juga yang mengutuskan petikan daripada filem Mat Kilau yang menunjukkan kenapa Inggeris tidak mungkin dapat dihalau daripada Tanah Melayu.

Sebelum PRU15 dijalankan dulu, pengendali TikTok, ByteDance, ada mengumumkan yang mereka tidak membenarkan sebara iklan parti politik di platform mereka dan katanya akan kekal menjadi platform untuk kandungan yang menyeronokkan.

Adakah kandungan menghasut adalah sesuatu menyeronokkan? Kami sedang menghubungi pihak TikTok untuk penjelasan.

Perkara ini sangat menggusarkan kerana menurut data Google, mereka mendapati yang hampir separuh daripada generasi-Z (lahir antara 1990 – 2010) menggunakan TikTok untuk mendapatkan maklumat berbanding saluran lain. Mereka malahan menggunakan TikTok untuk mencari tempat makan berbanding menggunakan Google Maps yang ada ciri bintang dan navigasi pemanduan terbina.

Bacaan berkaitan

Penjual di Tiktok kena bayar kos penghantaran lama? Ini jawapan TikTok

TikTok bakal lebarkan sayap ke segmen tak bermoral?

Tiktok Nearby, bantu memudahkan pengguna cari tempat menarik yang berdekatan

Tags: keselamatanPRU15TikTok
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?

Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?

22 November 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN