• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiktok Nearby, bantu memudahkan pengguna cari tempat menarik yang berdekatan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:08 pm
  • 25/08/2022
  • Komen
Tiktok Nearby, bantu memudahkan pengguna cari tempat menarik yang berdekatan
Share on FacebookShare on Twitter

Kebiasaannya, TikTok sediakan dua tab suapan pada bahagian Home untuk pengguna. Pertama Following, ia memfokuskan video-video daripada akaun yang anda ikuti. Kedua For You, suapan yang menampilkan video yang dipilih mengikut minat anda.

Namun, pengguna nampaknya akan menerima kategori suapan ketiga tidak lama lagi. Hal ini pertama kalinya didedahkan oleh perunding media sosial, Matt Navarra dan ia telah disahkan oleh Tiktok. Dikongsikan bahawa Tiktok sedang menguji tab baru yang dinamakan Nearby. Suapan ini akan mempromosikan kandungan tempatan.



UPDATE: TikTok confirm a nearby / local feed is being tested https://t.co/TEWjjiiXhG https://t.co/BHk9I529jm

— Matt Navarra (@MattNavarra) August 23, 2022

Idea ini bukan sahaja dapat membantu pengguna cari video yang lebih berkaitan dengan mereka, tapi ia juga akan membolehkan orang ramai mencari acara dan tempat menarik di sekeliling mereka. Ciri ini sangat bertepatan dengan keperluan remaja sekarang yang lebih menggunakan Tiktok untuk lakukan carian.

Ciri ini kini diuji melibatkan sekumpulan kecil pengguna di Asia Tenggara. Namun sudah tentu, Tiktok akan kehendaki pengguna membenarkan aplikasi mengakses lokasi peranti, sebelum mencadangkan video. Dalam masa yang sama, lagi banyak data pengguna yang diperolehi, lebih senang untuk Tiktok menjual iklan. Maka dengan ciri juga, mungkin lebih banyak iklan setempat boleh gunakan tiktok untuk jana keuntungan, sama seperti di Google.



[Sumber: 9TO5Mac]

[Sumber gambar: Monday Daily]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Tiktok Nearby, bantu memudahkan pengguna cari tempat menarik yang berdekatan

Tiktok Nearby, bantu memudahkan pengguna cari tempat menarik yang berdekatan

25 Ogos 2022
Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

Elak rakyat keliru, kerajaan arah kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama

26 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

25 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER