• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sime Darby akan lancar BYD Atto 3, satu lagi EV mampu milik

  • OLEH Najib
  • 1:03 pm
  • 23/11/2022
  • Komen
Sime Darby akan lancar BYD Atto 3, satu lagi EV mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

BYD, salah satu pengeluar kenderaan daripada China akan masuk ke pasaran Malaysia apabila mengumumkan pelancaran satu model kereta elektrik (EV) tidak lama lagi. BYD bekerjasama dengan Sime Darby Motors untuk membawa model BYD Atto 3 ke Malaysia

BYD – Sime Darby Motors akan melancarkan kereta BYD Atto 3 pada 9-11 Disember 2022 di Bandar Malaysia. Orang ramai yang berminat, dijemput untuk melihat sendiri Atto 3 di majlis tersebut dengan mendaftar minat mereka atas talian.



Jika berdaftar, anda akan diberikan slot masa 2 jam dalam 3 hari itu, untuk menyaksikan Atto 3 dengan lebih dekat. Mungkin anda juga berpeluang untuk memandu uji sendiri Atto 3 memandangkan Bandar Malaysia terletak di lapangan terbang lama Sungai Besi, yang digunakan sebagai pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dahulu.

Spesifikasi BYD Atto 3

BYD Atto 3 adalah sejenis kenderaan SUV elektrik dengan motor elektrik tunggal menguasakan tayar hadapan dengan kuasa 150kW (201bp) dan tork 310Nm. Di peringkat antarabangsa, ada dua jenis bateri ditawarkan iaitu 49.9kWh dengan jarak pemanduan sehingga 345km (WLTP), dan 60.5kWh dengan jarak pemanduan 420km (WLPT). Dari segi saiz, ia terletak di antara Proton X50 dan Proton X70. Ia ada jarak roda 2,720mm, panjang seluruhnya 4,455mm dan lebar 1,875mm.



Selain pengecas standard AC Type-2, model standard Atto 3 menyokong pengecas DC CCS2 sehingga 70kW manakala model lebih tinggi, menyokong sehingga 80kW. Pengecasan penuh menerusi AC mengambil masa sehingga 9.5 jam atau hanya 1.2 jam dengan pengecas DC. Apa yang menarik adalah, Atto 3 menyokong teknologi VTOL, yang membenarkan kereta ini menguasakan peralatan elektrik rumah lain, seperti yang ada di Hyundai Ioniq 5 dan Kia EV6.

Sebagai kenderaan elektrik moden, Atto 3 hadir dengan pelbagai ciri canggih termasuk adaptive cruise control degnan sokongan berhenti-dan-jalan, brek kecemasan autonomi, bantuan kawalan lorong, pemantauan titik buta, amaran lalu lintas belakang, brek rentas trafik belakang dan amaran membuka pintu.

Papan pemuka di tengah memiliki skrin sentuh 12.8-inci boleh putar, dengan sokongan Apple CarPlay manakala Android Auto wayarles akan disokong tidak lama lagi, menurut laman web BYD Australia.

Nantikan laporan kami tentang spesifikasi dan harga BYD Atto 3 di Malaysia. Dikhabarkan, BYD Atto 3 dan e6 akan dijual dalam harga di antara RM150,000 hingga RM170,000. Mungkinkah ini akan menjadi EV terbaik di bawah RM200 ribu di Malaysia?

[Sumber: BYD – Sime Darby Motor]

Bacaan Berkaitan

  • Google Maps dikemas kini dengan info stesen pengecasan EV
  • Kenderaan elektrik berjenama Proton akan dilancar sebelum 2027
  • 5 sebab kenapa kereta elektrik lebih bagus berbanding kereta petrol yang membuatkan anda perlu milikinya
  • Ora Good Cat: EV paling mampu milik di Malaysia bakal dilancar 28 November 2022
Tags: BYDBYD Atto 3EVSime Darby Motors
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Sime Darby akan lancar BYD Atto 3, satu lagi EV mampu milik

Sime Darby akan lancar BYD Atto 3, satu lagi EV mampu milik

23 November 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER