• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih dari satu Realme 10 akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 23/11/2022
  • Komen
Lebih dari satu Realme 10 akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika mencari telefon pintar kelas pertengahan yang berbaloi, salah satu daripadanya adalah siri Realme 9. Ia muncul dalam banyak varian antaranya Realme 9i, Realme 9 dan Realme 9 Pro+.

Kini Realme Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa keluarga baru untuk menggantikan siri Realme 9. Dalam beberapa muat naik di Facebook Realme Malaysia, kelihatan seperti ada lebih dari satu model dari siri Realme 10 akan dilancar di Malaysia.



Mungkin satu kesilapan, Realme Malaysia sebenarnya ada mengumumkan majlis pelancaran siri Realme 10 di Malaysia akan diadakan pada hari Khamis, 8 Disember 2022. Bagaimanapun, status berkenaan acara pelancaran tersebut telah dipadamkan.

Setakat ini, sudah ada dua model yang kelihatan disebut di Facebook Realme Malaysia iaitu Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro+. Carian tentang kedua-dua model ini hanya ditemui di laman web Realme China. Mungkin Malaysia akan menjadi pasaran pertama ia dilancar di luar China.



Dari laman web Realme China, Realme 10 Pro dikuasakan cip Snapdragon 695 5G 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan UFS 2.2 sehingga 256GB. Skrinnya sebesar 6.72-inci HD Penuh, jenis LCD berkadar penyegaran 120Hz. Bateri pula 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W USB-C.

Kamera utama di belakang dilengkapi sensor 108MP F1.75, bersama kamera potret 2MP. Tiada kamera ultralebar. Kamera hadapan pula 16MP F2.45, dimuatkan di dalam lubang kecil di dahi skrin. Ia ada speaker stereo, slot kad mikroSD serta jek audio 3.5mm. Sistem operasi yang digunakan adalah Realme UI 4.0, berasaskan Android 13.

Realme 10 Pro
Realme 10 Pro+

Realme 10 Pro+ pula tampil dengan skrin melengkung di kedua belah sisi. Ia jenis AMOLED, seluas 6.7-inci HD Penuh dan berkadar penyegaran 120Hz. Kuasa penggerak pula menggunakan cip Mediatek Dimensity 1080 6nm berkuasa tinggi, bersama RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Kamera belakang ada tiga, gabungan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan di dalam lubang di atas skrin, memiliki sensor 16MP. Baterinya 5,000mAh dan boleh mengecas dengan kuasa sehingga 67W melalui USB-C.

Bagaimanapun, spesifikasi Realme 10 Pro dan 10 Pro+ di China ini mungkin berbeza bila ia tiba di Malaysia. Perkara ini bukan mengejutkan, kerana model di China sering berlainan daripada model antarabangsa.

Adakah dua model ini sahaja akan dilancar Realme di Malaysia kelak? Nantikan laporan selanjutnya daripada kami.

[Sumber: Realme Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • Realme 10 diumum, spesifikasi macam turun taraf daripada Realme 9
  • Realme lancar telefon termurah mereka untuk 2022, sesuai untuk penghantar makanan
  • Realme 10 yang bakal tiba ada skrin Super AMOLED dan RAM 8GB + 8GB
  • Realme kongsi teaser telefon baharu, siri Realme 10 bakal temui kita
Tags: Realmerealme 10Realme 10 ProRealme 10 Pro+
Najib

Najib

POPULAR

Lebih dari satu Realme 10 akan dilancar di Malaysia

Lebih dari satu Realme 10 akan dilancar di Malaysia

23 November 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN