• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:25 am
  • 24/11/2022
  • Komen
Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali kedai makan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhuan menyiarkan kandungan sukan dan hiburan tanpa lesen yang sah. Lokasi yang dinamakan oleh Astro selaku plaintif adalah 42 East Pub and Restaurant yang terletak dalam bandaraya Kuala Lumpur.

Buat maklumat anda, ini adalah kali pertama dalam sejarah pengusaha kedai makan didapati bersalah dan menurut Astro ia bakal menjadi kayu aras pihak mereka untuk membanteras pihak-pihak yang cuba untuk melanun kandungan tanpa kebenaran.



Menurut mereka, tindakan premis komersial menyiarkan kandungan hiburan tanpa lesen yang bersesuaian hanya akan merencatkan usaha pihak mereka untuk terus menyediakan kandungan sukan bermutu tinggi kepada peminat, terutamanya sukan bola sepak. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan boleh menjejaskan industri pencipta kandunga secara keseluruhannya dan lebih parah, membuatkan pihak yang bersalah berdepan dengan saman yang mahal.

Di pihak defendan, faktor kos tentu sekali menjadi alasan. Mungkin mereka melanggan produk untuk kediaman tapi bawa akaun tersebut masuk ke premis komersial. Buat premis komersial yang ingin menayangkan kandungan Astro, mereka perlu melanggan AstroBiz dan ia disediakan dalam beberapa pilihan.



Pelan yang paling murah adalah Elite Pack yang berharga RM1159/bulan yang memberikan 49 saluran untuk ditonton termasuklah kesemua 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022. Pelan paling mahal, VIP Plus Pack, pula memberikan pelanggan 69 saluran pada harga RM2,959/bulan.

Tags: astro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah

Astro menang saman ke atas kedai makan dek siar EPL tanpa lesen sah

24 November 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN