• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[REVIU] Razer Leviathan V2 X: Speaker ceding yang ada cita-cita besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:13 pm
  • 25/11/2022
  • Komen
[REVIU] Razer Leviathan V2 X: Speaker ceding yang ada cita-cita besar
Share on FacebookShare on Twitter

Razer bukanlah satu jenama yang asing dalam kalangan gamers. Mereka tawarkan pelbagai aksesori menarik dan salah satunya adalah kelengkapan audio.

Di bawah payung audio, Leviathan adalah salah satu siri produk audio yang ditawarkan Razer. Dalam siri itu terkandung dua model iaitu Leviathan V2 dan Leviathan V2 X. Model yang terkemudian adalah versi yang lebih kompak tanpa kehadiran sub-woofer khas. Ia sesuai berada di ruangan kerja yang terhad.



Dalam pasaran Malaysia, harga jualan rasminya adalah RM499. Adakah ia berbaloi dengan harganya? Berikut adalah pendapat kami tentang Razer Leviathan V2 X.

Badan kompak & minimalistik

Badan speaker ini adalah selebar kira-kira 40cm. Tidak terlalu panjang seperti sebuah speaker untuk ruang tamu dan tidak terlalu pendek untuk buatkannya nampak seperti speaker mono.



Sebanyak dua speaker berjulat penuh disematkan di kedua-dua hujung tidak terhad di situ, Razer turut membina penyerak pasif (passive radiator) di bahagian belakang speaker untuk kendalikan bunyi dalam julat frekuensi rendah.

Kualiti bunyinya saya akan ceritakan kemudian.

Untuk sebuah speaker komputer, port I/O yang disediakan agak terhad. Hanya ada satu USB-C sahaja di bahagian belakang yang berfungsi sebagai penyalur sumber kuasa dan juga isyarat audio.Jadi, sekiranya saya ingin letakkan speaker di satu sudut, saya perlu fikirkan kabelnya perlu sampai ke komputer. Contohnya saya ingin tambat ke laptop, makanya kabel akan sedikit berselerak.

Saya harap Razer boleh mempertimbangkan untuk masukkan jek audio 3.5mm ataupun satu lagi USB-C. Kalau nak lebih baik, mereka boleh juga kepilkan bateri yang lantas jadikannya speaker mudah alih yang baik.

Namun begitu, saya memahami niat Razer terhadap Leviathan V2 X iaitu sebagai sebuah speaker kompak untuk PC.

Minimalistik yang memakan diri

Satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah menggunakan sambungan Bluetotoh. Dengan Bluetooth, pengurusan kabel jadi lebih mudah dan kemas. Saya laporkan yang sela masa antara visual dan audio sewaktu menonton kandungan multimedia adalah rendah.

Untuk maklumat anda, speaker ini hanya menyokong kodek SBC sahaja. Jadi, ia tidaklah sesuai untuk dengar audio beresolusi tinggi secara wayarles. Tapi jangan tertipu, walaupun ia tidak menyokong kodek yang lebih moden seperti aptX ataupun AAC, saya rasakan SBC adalah cukup cemerlang untuk kegunaan biasa.

Di bahagian bawah speaker ini tertera maklumat info kuasa yang diperlukan iaitu pada 5V, 3A (15W). Agak sukar untuk mencari gajet yang memberi output setinggi 3A dan dalam pada masa sama boleh memainkan audio. Tapi saya tetap berjaya menggunakan speaker ini di beberapa gajet elektronik seperti telefon dan laptop tanpa masalah.

Apabila sedang beroperasi, saya dapati speaker ini menarik 5V secara tekal tapi arusnya berlegar dibawah 1A sahaja.

Bukan Razer-lah kalau tiada RGB

Satu ciri unik pada Razer Leviathan X2 V bukan terletak pada audionya tapi pada lampu RGB.

Dalam tetapan default, lampu underglow berwarna pelangi akan bersinar sejurus ia dihidupkan. Anda boleh memasang APP Razer Audio di telefon anda untuk mengawal lampu-lampu ini.

Tidak terhad kepada kawalan lampu, Razer Audio juga digunakan untuk menyunting bunyi speaker menggunakan equalizer dan ia berguna untuk audiofilia dan kalau anda tak mahir dengan cara itu, ada pilihan pratetap boleh anda gunakan.

Tibalah ke bahagian kualiti bunyi.

Kualiti bunyi tak padan dengan saiz

Saya ingatkan kembali, Razer Leviathan V2 X ada sepasang speaker berjulat frekuensi penuh. Katanya ia boleh memberi respons pada input 80Hz sehingga 20kHz. Itu adalah julat biasa bagi pendengaran manusia. Saiz pemacu aktif ini adalah 4” dan ada juga subwoofer jenis pasif dibelakang speaker bagi memperkuat bunyi yang berada dalam frekuensi lebih rendah.

Bunyi yang keluar daripada corong soundbar ini baik untuk sebuah speaker sekerdil ini, malah sangat baik.

Biasanya untuk produk sekecil ini, bunyi bass akan dikorbankan kerana tiada cukup ruang bass untuk sebarang woofer ataupun penyerak pasif. Sebaliknya pada soundbar ini, penyerak pasif di bahagian belakang memang buatkan bass daripada audio terasa lebih padu.

Mujurlah kaki getah yang agak tebal diberikan untuk ia berdiri. Jika tidak, pastinya speaker ini boleh bergerak sendiri, malahan ia akan menggegarkan objek disekelilingnya.

Untuk frekuensi dalam wilayah treble, saya masih boleh dengari vokal dengan jelas dan terang tanpa ditenggelami bunyi bass. Paras decibel (dB) yang dicatatkan speaker ini dalam jarak 1 meter adalah kira-kira 90dB. Sebagai perbandingan, speaker telefon dan monitor saya masing-masing menunjukkan pada paras 50dB dan 70dB apabila diukur menggunakan fail audio, jarak dan alat cerap yang sama.

Akhir kata

Razer Leviathan X V2 adalah sebuah speaker untuk desktop yang kompeten. Ia cemerlang daripada segi audio dan juga cemerlang pada nilai tambah iaitu pada kehadiran lampu RGB yang boleh diprogramkan. Cumanya agak menjengkelkan anda hanya satu port USB-C yang melakukan segala-galanya.

Jika anda boleh hidup dengan kekurangan itu, saya katakan yang speaker ini adalah baik. Buat anda yang ingin dapatkan seunit Razer Leviathan X V2, harganya adalah dalam julat RM400 hingga RM500 sama ada di Lazada ataupun Shopee.

Tags: audiorazerrazer leviathanrazer leviathan v2razer leviathan v2 xreviu
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[REVIU] Razer Leviathan V2 X: Speaker ceding yang ada cita-cita besar

[REVIU] Razer Leviathan V2 X: Speaker ceding yang ada cita-cita besar

25 November 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER