• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ricu dalam kilang Apple di China, 6 juta unit iPhone tidak dapat disiapkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:37 pm
  • 29/11/2022
  • Komen
Ricu dalam kilang Apple di China, 6 juta unit iPhone tidak dapat disiapkan
Share on FacebookShare on Twitter

Kacau bilau kini sedang berlaku di salah sebuah hub pemasangan iPhone utama Apple di China. Staf di sana memprotes sistem ketat sifar COVID-19 yang dikuatkuasakan kerajaan China menyebabkan ramai pekerja mengambil keputusan untuk angkat kaki keluar daripada kilang.

Protesters clash with police at an iPhone factory in China over payments for new hires, dirty living conditions and chaotic Covid protocols https://t.co/tkOSu7hXWE pic.twitter.com/qd5DSNajcf

— CNN (@CNN) November 25, 2022

Walaupun banyak insentif lumayan ditawarkan bagi memancing pekerja baharu, dikatakan yang kontraktor memungkiri janji menyebabkan protes baharu pula tercetus di sana. Hasilnya, dilaporkan yang pembekalan iPhone mungkin terjejas sebanyak 6 juta unit bagi memenuhi permintaan sewaktu musim cuti hujung tahun.



Following an exodus of employees, Zhengzhou's Foxconn factory has been recruiting thousands of new employees to come and work for them. But despite new workers, old problems remain, and the "Foxconn Workers Movement 2.0" (富士康2.0工人运动) has begun. Read https://t.co/oxSShQKxvO pic.twitter.com/uewfVDAv6C

— What's on Weibo (@WhatsOnWeibo) November 23, 2022

Menurut penganalisis, Apple kerugian kira-kira USD1 billion daripada penjualan iPhone bagi setiap 7 hari penutupan kemudahan pengeluaran. Kini, sekitar 5% jualan iPhone 14 telah terjejas. Insiden ini tentu sekali bakal memperkuat usaha Apple bagi mempelbagaikan sumber pengeluaran produk mereka.

Dalam tahun 2019 dulu, Apple sudahpun ada kemudahan pengeluaran di India melalui kontraktornya Foxconn dan mereka katanya akan memberikan 25% tanggungjawab pengeluaran kepada India menjelang 2025.



Selain India, Vietnam adalah satu lagi negara yang sedang dipertimbang Foxconn, selaku kontraktor pengeluaran, untuk jadi hab pengeluaran.

Sebenarnya, Foxconn dalam tahun 2021 lalu telah dilapor sedang dalam proses membangunkan sebuah kilang semikonduktor di Malaysia cumanya ia bukanlah untuk menghasilkan iPhone, sabaliknya komponen elektronik kereta elektrik. Namum, tidak mustahil kita bakal jadi hab pemasangan produk Apple kerana Mac Studio yang mereka jual sekarang ada melibatkan negara kita dalam proses pemasangannya.

Sumber: CNN

Bacaan berkaitan

[REVIU] iPhone 14 Plus vs iPhone 13 Pro Max – mana lebih berbaloi

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Foxconn boleh hasilkan iPhone di luar China jika kerajaan AS memaksa

Tags: appleChinaFoxconniphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ricu dalam kilang Apple di China, 6 juta unit iPhone tidak dapat disiapkan

Ricu dalam kilang Apple di China, 6 juta unit iPhone tidak dapat disiapkan

29 November 2022
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN