• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi perkenal pelan perayauan antarabangsa paling murah, 30 hari 30GB tak sampai RM100

  • OLEH Najib
  • 5:21 pm
  • 01/12/2022
  • Komen
Digi perkenal pelan perayauan antarabangsa paling murah, 30 hari 30GB tak sampai RM100
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini kami mendapati, tawaran perayauan data Yoodo Roam Like Home antara paling berbaloi dilanggan jika mengembara ke luar negara agak lama. Digi juga selama ini ada menawarkan pelan perayauan antarabangsa yang agak berbaloi untuk jangka masa pendek, antara 1 ke 7 hari.

Jika anda mahu ke luar negara sehingga 30-hari, Digi kini menawarkan pelan perayauan antarabangsa 30 hari dengan kuota 30GB. Harganya juga sangat berbaloi, cuma RM95 dan ia turut hadir dengan minit panggilan selama 30-minit. Ia juga terbuka untuk semua pelanggan prabayar dan pascabayar Digi.



Paling menarik, pelan perayauan ini boleh digunakan di 69 negara, bukan terhad negara Asia Tenggara sahaja. Malah, pengguna juga boleh merantau di berbilang negara dengan satu pelan. Tidak perlu melanggan semula pelan baru apabila masuk ke negara baru. Perkara ini sangat membantu, terutama untuk pengembara di Eropah yang berjalan-jalan di lebih satu negara dalam satu perjalanan.

Semak senarai penuh negara yang terdapat dalam pas ini di akhir artikel.



Selain itu, data ini tidak dihadkan penggunaan untuk satu peranti. Jadi anda boleh menggunakannya sebagai hotspot dan berinternet di berbilang peranti dalam satu masa serentak.

Melanggan pelan perayauan lebih mudah berbanding anda membeli kad sim luar negara, atau menyewa Pocket Wifi dari Malaysia. Jika anda bukan pengguna Digi, anda hanya perlu pergi ke mana-mana kedai runcit seperti 7-Eleven untuk membeli pek permulaan prabayar Digi. Kemudian mendaftar sendiri dan tambah nilai kredit RM100. Talian anda akan hidup selama 100 hari. Selepas itu, langgan World Roaming Pass 30 di dalam aplikasi MyDigi. Ia akan mula aktif dan dikira hari pertama semasa pertama kali anda masuk ke rangkaian luar negara. Sangat mudah.

Memandangkan Digi melabel pas ini sebagai promosi, ia mungkin ditawarkan untuk masa terhad atau akan dikurangkan kuota atau dinaikkan harga selepas tamat promosi. Sementara masih ada, nikmatinya dahulu.

Pas perayauan antarabangsa Digi

Selain pas 30-hari, Digi juga ada menawarkan pas berbilang negara tetapi mengikut benua. Ada 7-hari dan ada 14-hari. Pecahan benua pula adalah SIT (Singapura, Indonesia & Thailand), Asia, Timur Tengah, Eropah dan Amerika.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Perayauan Antarabangsa Digi.

Senarai penuh negara untuk World Roaming Pass Digi 30-hari

  1. Australia
  2. Bangladesh
  3. Brunei
  4. China
  5. Hong Kong
  6. Macao
  7. India
  8. Indonesia
  9. Jepun
  10. Korea Selatan
  11. Myanmar
  12. New Zealand
  13. Pakistan
  14. Filipina
  15. Singapura
  16. Taiwan
  17. Thailand
  18. Sri Lanka
  19. Kemboja
  20. Vietnam
  21. Laos
  22. Argentina
  23. Kanada
  24. Uruguay
  25. USA
  26. Austria
  27. Belgium
  28. Bulgaria
  29. Croatia
  30. Republik Czech
  31. Denmark
  32. Finland
  33. Perancis
  34. Jerman
  35. Greece
  36. Hungary
  37. Ireland
  38. Itali
  39. Montenegro
  40. Belanda
  41. Norway
  42. Luxembourg
  43. Poland
  44. Portugal
  45. Romania
  46. Slovakia
  47. Rusia
  48. Serbia
  49. Sepanyol
  50. Sweden
  51. Switzerland
  52. Turkiye
  53. United Kingdom
  54. Arab Saudi
  55. United Arab Emirates
  56. Qatar
  57. Kuwait
  58. Oman
  59. Jersey
  60. Lithuania
  61. Moldova
  62. Albania
  63. Estonia
  64. Kazakhstan
  65. Belarus
  66. Latvia
  67. Slovenia
  68. Macedonia
  69. Ukraine
Tags: digiDigi World Roaming PassPerayauan Internet
Najib

Najib

POPULAR

Digi perkenal pelan perayauan antarabangsa paling murah, 30 hari 30GB tak sampai RM100

Digi perkenal pelan perayauan antarabangsa paling murah, 30 hari 30GB tak sampai RM100

1 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER