• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Juara Internet 2023: Digi lancar pas video tanpa had, tapi ada had 300GB dan 3Mbps

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:56 pm
  • 01/12/2022
  • Komen
Juara Internet 2023: Digi lancar pas video tanpa had, tapi ada had 300GB dan 3Mbps
Share on FacebookShare on Twitter

Digi hari ini mengumumkan kempen Juara Internet 2023. Semuanya 11 penawaran dalam pelbagai kategori daripada pascabayar, prabayar, dan promo pemilikan telefon pada potongan harga. Dua daripada pengumuman itu adalah tentang prabayar.

Benda baharu yang mereka perkenalkan adalah Unlimited Video Pass yang berharga RM5 dengan tempoh sah selama 3 hari. Berdasarkan maklumat iklan, menggunkan pas ini, anda boleh menikmati “Unlimited Video Streaming” untuk tiga hari bila anda melayani kandungan di apliaksi:



  1. Netflix
  2. AstroGo
  3. Viu
  4. DailyMotion
  5. YouTube
  6. YouTube Gaming
  7. YouTube Kids

Namun, apa yang tidak dinyatakan secara jelas adalah had yang dikenakan. Selepas lakukan carian lebih mendalam untuk cari Terma & Syarat, perlu anda ketahui yang kelajuan dihadkan kepada 3Mbps dan kuota dihadkan kepada 300GB.

Selain itu, pulangan tunai (cashback) juga diberikan kepada pembelian pas yang sama dalam satu kitaran bil sehingga 3 kali. Pembelian pertama akan layakkan anda menerima pulangan tunai RM0.50, pembelian kedua sebanyak RM1.25 dan pembelian ketiga sebanyak RM2.50. Selepas pembelian ketiga, tiada lagi pulangan tunai diberikan dan ia akan set semula setiap kitaran baharu bil.



Satu lagi pengumuman kategori prabayar dalam Juara Internet 2023 adalah untuk NEXT Unlimited 40, pelan prabayar “unlimited” mereka. Sebenarnya tiada apa-apa yang baharu pun dengan pengumuman ini kerana pelan yang sama sudahpun ditawarkan sejak Oktober 2022 lalu.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Celcom Digi selesai bergabung, cuba teka apa nama dan logo baru

Digi aktifkan rangkaian 5G mereka bermula 10 November kepada pelanggan 10 pelan ini

Digi diam-diam lancar prabayar tanpa had baharu, 6mbps dengan FUP tertinggi dalam kelasnya

Tags: digipascabayarprabayartelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Juara Internet 2023: Digi lancar pas video tanpa had, tapi ada had 300GB dan 3Mbps

Juara Internet 2023: Digi lancar pas video tanpa had, tapi ada had 300GB dan 3Mbps

1 December 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN