• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom Digi selesai bergabung, cuba teka apa nama dan logo baru

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 01/12/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia kini muncul. Axiata Group Berhad, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Berhad kini mengumumkan, mereka telah menyelesaikan proses penggabungan Celcom dan Digi. Dalam gabungan ini, Axiata dan Telenor masing-masing memegang saham sebanyak 33.1%.

Bagi pegangan selebihnya sebanyak 33.8% di dalam syarikat baru ini, ia akan dimiliki oleh pemegang saham lain. Antaranya KWSP, PNB, KWAP dan orang awam.



Nama dan logo baru

Di samping itu, nama baru gabungan ini juga telah diketahui iaitu CelcomDigi. Ia ditemui di laman sesawang rasmi, www.celcomdigi.com. Bagaimanapun, semua di laman ini dilihat seperti digunakan untuk sementara sahaja.

Ini kerana logo CelcomDigi yang digunakan adalah daripada jenis tulisan sedia ada Celcom dan Digi. Malah, warna tema juga masih serupa, iaitu biru Celcom dan kuning Digi. Apa yang nampak baru adalah kata tema baru iaitu ‘Creating a world inspired by you‘. Bermaksud, mencipta dunia yang diinspirasikan oleh anda.



Di laman celcomdigi ini, pengunjung disajikan dengan beberapa persoalan dan jawapan sahaja. Masih tiada tawaran atau pelan baru.

Jawapan untuk persoalan utama pengguna Celcom dan Digi

Tetapi laman ini memberi jawapan penting untuk pengguna Celcom dan Digi untuk waktu terdekat ini. Antaranya ia menyatakan, pengguna Celcom dan Digi tidak perlu berbuat apa-apa selepas penggabungan ini kerana pelan sedia ada boleh terus digunakan.

Untuk rangkaian pula, pengguna akan terus berhubung dengan rangkaian sedia ada, belum digabungkan. Jadi, pengguna Celcom akan terus mendapat liputan rangkaian Celcom dan pengguna Digi berhubung ke rangkaian Digi.

Selain itu, pengguna juga masih perlu menggunakan aplikasi sedia ada iaitu Celcom Life dan MyDigi. Ia juga masih tidak berubah atau digabung.

Untuk sebarang masalah dan pertanyaan, pengguna perlu berhubung dengan saluran sedia ada. Masih diasingkan. Bagi pengguna Digi, boleh pergi laman bantuan, hubungi talian bantuan menerusi aplikasi MyDigi atau di talian +6016 2211 800. Pengguna Celcom pula, juga boleh ke laman bantuan, atau dapatkan bantuan di aplikasu Celcom Life atau hubungi talian bantuan di nombor 1300111000/+60196011111.

Akhir sekali, tiada pelan atau produk baru diperkenal untuk gabungan baru CelcomDigi lagi. Orang ramai boleh melanggan pelan sedia ada dengan mengunjungi kedai Celcom BlueCube atau Digi Store, atau pergi ke laman Celcom dan Digi.

Bacaan Berkaitan

  • Celcom & Digi dapat kelulusan pemegang saham untuk bergabung
  • Axiata & Telenor sah gabung operasi, membentuk Celcom Digi Berhad
  • SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
  • Kenapa Suruhanjaya Persaingan (MyCC) tak boleh bertindak atas penggabungan Celcom dan Digi?
Tags: celcomCelcomDigidigi
Najib

Najib

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023

Celcom Digi selesai bergabung, cuba teka apa nama dan logo baru

1 Disember 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER