Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Axiata & Telenor sah gabung operasi, membentuk Celcom Digi Berhad

Dalam satu kenyataan media oleh Axiata Group Berhad dan Digi.com Berhad, mereka mengumumkan bahawa Axiata dan Telenor kini dalam perbincangan lanjut untuk menggabungkan operasi syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad dan Digi.com Berhad. Kedua-dua pihak akan memiliki pegangan saham yang sama iaitu sebanyak 33.1%. Selain itu, Axiata dan institusi dana Malaysia akan memiliki lebih 51% pegangan di dalam syarikat gabungan ini.

Proses penggabungan ini akan menyaksikan Axiata menerima saham Digi yang baru diterbitkan, menjadikan pegangan sebanyak 33.1% bersama nilai tunai sebanyak RM2 bilion, dalam bentuk RM1.7 bilion hutang baharu dari Digi dan bakinya RM300 juta dari Telenor.

Syarikat gabungan ini akan menjadi peneraju telekomunikasi dengan menggabungkan operasi Axiata dan Telenor di Malaysia, bagi memacu perubahan negara ke arah masyarakat digital berpendapatan tinggi.

Perkara ini selaras degan usaha kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan pembangunan 5G dan memberikan pengalaman dan perkhidmatan jalur lebar berkualiti tinggi. Sekaligus, memberi manfaat dan faedah buat industri dan ekonomi dalam negara.

Sehubungan itu, gabungan syarikat ini akan dilihat sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terunggul di Malaysia dalam bentul nilai, pendapatan dan keuntungan, dengan pendapatan proforma sekitar RM12.4 bilion, EBITDA pra-sinergi entiti gabungan sekitar RM5.7 bilion, dan dianggarkan sejumlah 19 juta pelanggan.

Pengurusan Tertinggi

Dengan pegangan saham melebihi 51% di dalam syarikat gabungan, Axiata dan institusi dana Malaysia berhak memilih Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) pertama. Pemilihan ini telah dipersetujui oleh Telenor iaitu:

Pengerusi: Dato’ Izzaddin Idris
Naib Pengerusi: Jørgen C. Arentz Rostrup
Ketua Pegawai Operasi: Idham Nawawi
Timbalan Ketua Pegawai Operasi: Albern Murty

Syarikat gabungan ini akan dikenali sebagai Celcom Digi Berhad dan akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pekerja dan Pelanggan

Celcom Digi Berhad berjanji untuk melindungi kebajikan pekerja dan tiada pemberhentian secara paksa akan dilakukan. Semua pekerja akan diberi peluang untuk mempertingkatkan diri dan menjadi sebahagian dari perkembangan syarikat di dalam penerokaan teknologi dan inovasi baharu.

Pelanggan pula akan menerima manfaat besar dari gabungan ini, dalam bentuk kualiti perkhidmatan lebih baik dan kadar yang lebih berpatutan, seiring dengan kapasiti syarikat yang lebih besar. Pelanggan juga boleh kekal dengan talian pilihan masing-masing kerana jenama Celcom dan Digi akan diteruskan seperti biasa.

Axiata dan Telenor juga telah sepakat untuk membangunkan Pusat Inovasi bertaraf antarabangsa sebagia pemangkin transformasi digital IR4.0, pembangunan 5G dan pelbagai teknologi maju lain. Pusat Inovasi ini akan turut memainkan berfungsi sebagai tempat menaik taraf kepakaran pekerja bagi masa hadapan.

Kedua-dua pihak akan berusaha memuktamadkan perjanjian berkaitan penggabungan dalam suku kedua tahun 2021 menuruti usaha wajar yang dilakukan. Penggabungan ini juga tertakluk kepada persetujuan pemegang saham Celcom dan Digi, kelulusan pihak berkuasa dan lain-lain syarat atau terma.

[Sumber: Bursa Malaysia]