• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom & Digi dapat kelulusan pemegang saham untuk bergabung

  • OLEH Najib
  • 11:04 am
  • 21/11/2022
  • Komen
Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengundi dan mendapat mandat di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), barisan lembaga pengarah Digi.com Berhad (Digi) mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan daripada pemegang saham syarikat untuk menggabungkan operasi Digi dan Celcom. Usaha ini akan dimaklumkan secara rasmi ke Bursa Malaysia kelak.

Dalam kenyataan Axiata pula, keputusan EGM melalui undian telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Bursa (Bursa) seperti yang dikehendaki oleh peraturan yang berkenaan. Ia menambah bahawa penggabungan itu hampir selesai, setelah diluluskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia sebelum EGM ini.



Kenyataan Digi pula menyebut, kelulusan daripada pemegang saham Digi dan Axiata adalah langkah terakhir dalam proses kelulusan penggabungan yang dicadangkan, setelah diluluskan oleh SKMM, Suruhanjaya Sekuriti, dan Bursa Malaysia sebelum ini. Selepas selesai urusan penggabungan, Axiata dan Telenor akan memegang saham yang sama banyak, 33.1% setiap satu di dalam syarikat baru yang dicadangkan namanya, Celcom Digi Berhad.

Cadangan menggabungkan Celcom dan Digi telah diumumkan pada April tahun lepas dan ini akan menjadikannya syarikat telekomunikasi (telco) terbesar di Malaysia. Proses penggabungan ini disasarkan untuk selesai pada akhir tahun 2022. Selain Axiata dan Telenor, baki saham 33.8% di dalam syarikat baru ini antaranya dipegang oleh KWSP, PNB, KWAP, dan orang awam.



Bagi menangani kebimbangan tentang monopoli, Celcom dan Digi telah bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SKMM. Ia termasuk memulangkan sejumlah 70Mhz jalur spektrum dalam masa 3-tahun, melepaskan pegangan terhadap Yoodo dan menubuhkan unit perniagaan bebas untuk menguruskan Operator Rangkaian Mudahalih Maya (MVNO), untuk memastikan pemisahan yang jelas daripada perniagaan runcit mudahalih Celcom Digi Berhad. Selain itu, Celcom dan Digi juga mesti memansuhkan pengaturan pengedar eksklusif di beberapa negeri dan meletakkannya di bawah satu jenama korporat.

Celcom dan Digi juga telah menandatangani Perjanjian Langganan Saham (SSA) untuk memiliki pegangan di dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Disebabkan penggabungan yang akan datang, kedua-dua Celcom dan Digi hanya dibenarkan memiliki 12.5% saham setiap satu, kerana gabungan kelak tidak boleh memiliki lebih daripada 25% saham di dalam rangkaian borong tunggal 5G.

Selepas bersetuju dengan SSA, Celcom dan Digi telah menawarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan dan sudah menandatangani perjanjian akses 5G selama 10-tahun.

[Sumber: Axiata, Digi]

Bacaan Berkaitan

  • Axiata & Telenor sah gabung operasi, membentuk Celcom Digi Berhad
  • SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
  • Kenapa Suruhanjaya Persaingan (MyCC) tak boleh bertindak atas penggabungan Celcom dan Digi?
Tags: celcomCelcom Digidigi
Najib

Najib

POPULAR

Celcom dan Digi akan bergabung menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia hujung tahun ini

Celcom & Digi dapat kelulusan pemegang saham untuk bergabung

21 November 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN