• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 5 gadget sangat membantu ketika tayar pancit

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:00 am
  • 04/12/2022
  • Komen
TIPS: 5 gadget sangat membantu ketika tayar pancit
Share on FacebookShare on Twitter

Apa yang anda akan lakukan apabila menyedari tayar kereta tiba-tiba pancit? Jika lokasi kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan stesen minyak, bolehlah anda pandu secara perlahan ke sana dan pam tayar kereta. Tapi bagaimana jika ia berlaku ketika anda berada dikawasan pendalaman yang tiada stesen minyak atau bengkel?

Untuk elakkan anda keletihan menukar tayar atau menunggu bantuan lambat sampai, berikut merupakan 5 gadget yang dicadangkan oleh kawan saya Duke untuk bantu anda baiki semula tayar kereta yang pancit.



1. Pam udara elektrik

Pam elektrik ialah gadget yang mudah diguna dan dibawa. Anda hanya perlu sambungkan paip kecil pada pam kepada lubang udara tayar, kemudian tekan butang tertentu untuk pam udara sehingga mencapai tekanan yang diperlukan.

Untuk memudahkan anda, cari model pam elektrik yang boleh diguna tanpa sambungan wayar, kapasiti bateri besar dan boleh berikan tekanan udara tinggi. Contohnya seperti Xiaomi Portable Electric Air Compressor.



2. Spray pengedap tayar (tyre sealer)

Terlanggar paku di tengah jalan? Pengedap tayar (tyre sealer) boleh selamatkan tayar berlubang anda untuk sementara. Ada pelbagai model pengedap tayar di pasaran, ia boleh diguna pada semua jenis kenderaan dan semua jenis tayar. Ia juga mudah untuk diletakkan di dalam tayar, hanya cucuk sahaja paipnya di lubang angin. Ini adalah cara yang cepat dan mudah untuk baiki tayar pancit tanpa perlu mencabut tayar. Jadi, tak perlulah anda tukar tayar kereta sendiri ditepi jalan sehingga membahayakan nyawa.

Tapi anda perlu ingat, pengedap tayar adalah kegunaan kecemasan, ada had jarak pemanduan dan kelajuan tertentu ditetapkan. Anda boleh gunakannya sementara, sehingga jumpa bengkel untuk ganti tayar baru.

3. Tolok tekanan tayar

Fungsi tolok tekanan tayar (tyre pressure gauge) adalah untuk periksa tekanan angin di dalam tayar bagi memastikan ia berada pada jumlah optimum. Selepas gunakan pengedap tayar di atas, anda boleh gunakan gadget ini untuk memastikan udara di dalamnya mencukupi. Sebelum membelinya, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu harga, saiz, hayat bateri dan tempoh jaminan.

Sumber

4. Set penyumbat tayar

Dengan bajet yang rendah, anda boleh baikit tayar yang berlubang kecil dengan menggunakan set penyumbat tayar. Anda hanya perlu sumbatkan jalur getah yang disediakan ke dalam lubang pancit untuk menutup lubang itu sepenuhnya. Kemudian, isi angin dan anda boleh pandu kereta seperti biasa.

Berbanding dengan spray pengedap tayar, penyumbat tayar ini adakalanya memerlukan anda buka tayar untuk memasangnya. Jadi, ia sedikit rumit sebab anda perlu cucuknya betul-betul pada lubang kesan paku. Gadget ini selalunya boleh bertahan lama bergantung pada gaya pemanduan anda.

Sumber

5. Sistem pemantauan tekanan tayar

Bagi mengelakkan anda panik ketika berdepan dengan situasi tayar kereta tiba-tiba pancit, maka pasanglah sistem pemantauan tekanan tayar. Ia akan maklumkan pada anda data masa nyata tentang tekanan udara dan suhu tayar kenderaan menerusi aplikasi mudah alih. Jadi, bolehlah anda bersedia untuk pam tayar ketika tekanan udaranya berkurangan.

Tags: kereta
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 gadget sangat membantu ketika tayar pancit

TIPS: 5 gadget sangat membantu ketika tayar pancit

4 December 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN