• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mercedes EQE, kereta sedan elektrik lebih kecil akan dilancar di Malaysia tahun ini

  • OLEH Najib
  • 10:45 am
  • 05/12/2022
  • Komen
Mercedes EQE, kereta sedan elektrik lebih kecil akan dilancar di Malaysia tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan kereta elektrik (EV) ke Malaysia semakin rancak walaupun tahun 2022 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Kita baru melihat Ora Good Cat dilancar minggu lepas, dan BYD Atto 3 akan dilancar minggu ini. Minggu hadapan pula, Volvo akan melancarkan Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Kini Mercedes Benz pula menyatakan keinginan mereka untuk memperkenal kereta sedan elektrik, Mercedes EQE ke Malaysia. Ia adalah kereta sedan elektrik sepenuhnya, dilihat sebagai model lebih kecil berbanding Mercedes EQS, serta model yang berbeza daripada Mercedes EQE SUV.



Majlis pelancaran Mercedes EQE akan diadakan pada hari Selasa, 13 Disember 2022 iaitu sehari sebelum Volvo C40 Recharge Pure Electric dilancarkan. Bersempena itu, Mercedes juga telah membuka laman pendaftaran minat untuk mereka yang berminat untuk menjadi terawal mengetahui bilakah Mercedes EQE akan mula dijual.

Model EQE adalah serupa dengan EQS kerana ia dibangunkan daripada platform khas EV iaitu ‘Electric Vehicle Architcture‘ (EVA), berbeza dengan model lebih awal seperti EQA, EQB dan EQC yang dibina berasaskan model berkuasa petrol. Ini menjadikan rekaannya lebih efisyen dan ruang kabin maksimum, kerana tidak perlu lagi menyediakan ruangan untuk sistem enjin pembakaran dalaman.



Apa yang membezakan EQE daripada EQS adalah ia memiliki but kereta biasa, bukannya bercantum dengan cermin belakang. Ruang dalaman juga lebih kecil, seperti lebar jarak tayar lebih pendek (3,120mm vs 3,210mm).

Mercedes EQE pertama kali diperkenal tahun lepas dalam model EQE 350, dengan enjin motor belakang berkuasa 215kW (288hp) dan daya kilas 530Nm. Bateri pula 90.6kWh, sedikit kecil berbanding EQS dan dinyatakan boleh berjalan sehingga 660km degnan sekali cas penuh melalui kitaran WLTP.

Kereta ini menyokong pengecasan AC 22kW yang mengambil masa 4 jam untuk mengecas penuh. Ia turut menyokong pengecasan DC 170kW, dinyatakan boleh mengecas dari 10%-80% dalam masa sekitar 33 minit.

Buat masa ini, masih belum diketahui berapakah harga ia akan dijual di Malaysia. Tetapi pasti ia lebih murah berbanding EQS 450+ yang berharga RM698,888 tanpa insuran.

Tags: EVMercedesMercedes EQE
Najib

Najib

POPULAR

Mercedes EQE, kereta sedan elektrik lebih kecil akan dilancar di Malaysia tahun ini

Mercedes EQE, kereta sedan elektrik lebih kecil akan dilancar di Malaysia tahun ini

5 December 2022
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026
Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

Beli BMW atau Mercedes-Benz terpakai? Carsome Premium tawar waranti 5 tahun

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN