• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam Huawei Watch D dengan beg udara, lulus untuk digunakan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:14 pm
  • 06/12/2022
  • Komen
Jam Huawei Watch D dengan beg udara, lulus untuk digunakan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jam pintar masakini memang canggih, boleh pantau pelbagai tahap kesihatan seperti denyutan nadi serta tahap oksigen dalam darah. Walaupun ia tidak diiktiraf sebaik mesin kesihatan sebenar, ia boleh digunakan sebagai petunjuk awal untuk membantu pengguna.

Tidak lama lagi, pengguna di Malaysia boleh memeriksa tahap tekanan darah menggunakan jam pintar. Ini kerana Huawei Malaysia, ditemui telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA), untuk digunakan dengan jam pintar Huawei Watch D.



Jam pintar Huawei Watch D berbentuk empat segi, lebih mirip kepada gelang kecergasan. Skrinnya jenis AMOLED seluar 1.64-inci, dengan piksel 456×240 di dalam badan diperbuat daripada aluminium. Menurut Huawei, berat jam ini hanya 1/6 daripada pemantau tekanan darah yang biasa.

Untuk mengesan tahap tekanan darah pengguna, Watch D dilengkapi dua lapisan beg udara yang dipasang di dalam tali jam. Ia akan dipam angin dengan tekanan sehingga 40kPa. Huawei menjelaskan, jam ini boleh mendapatkan tahap tekanan darah dengan tepat dalam julat 40-230mmHg dalam masa seminit. Untuk mendapatkan bacaan tepat ini, pengguna perlu duduk berehat selama 5 minit sebelum memulakan ujian. Pastikan jam berada sama tinggi dengan jantung, manakala tangan lain menyokong siku.



Selain itu, Huawei Watch D menampilkan ‘Pemantau Kadar Kesihatan’ TruSeen 5.0, dengan analisa ECG yang dapat membantu mengesan kemungkinan terjadinya penyakit berkaitan jantung. Jam ini juga boleh mengesan tahap SpO2 dan tekanan perasaan, serta dibina bersama pengesan suhu kulit. Pengguna boleh berkongsi laporan kesihatan dan bacaan tidak sekata dengan ahli keluarga menerusi aplikasi Huawei Health.

Huawei Watch D menampilkan lebih 70 mod keceergasan dan diiktiraf kalis air dan debu IP68. Dengan sekali cas, ia boleh digunakan sehingga 7 hari dalam penggunaan biasa dan boleh dicas tanpa wayar menggunakan pengecas yang disediakan.

Biasanya, pemantau kesihatan yang canggih perlu mendapatkan pengesahan pihak berkuasa tempatan, serupa dengan ciri Apple ECG dan pemberitahuan rentak tidak sekata. Pada waktu sekarang, Huawei dilihat telah berjaya mendapatkan dua pengesahan daripada MDA, antaranya ‘Pemantau Tekanan Darah Pergelangan Tangan’ dan aplikasi ECG. Ini menandakan, Huaewi Watch D sedia digunakan sepenuhnya fungsi yang ada sebaik sahaja ia dijual di Malaysia.

Huawei terima kelulusan daripada MDA

Huawei Malaysia dijangka akan melancarkan jam pintar Huawei Watch D dalam masa terdekat tetapi harganya dijangka agak mahal. Ia telah dijual di China pada harga CNY 2,988 (~RM1,857) dan di Indonesia pula, berharga IDR 5,479,000 (~RM1,557).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman produk Huawei Watch D.

Bacaan Berkaitan

  • Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh diguna di Malaysia menerusi kemaskini watchOS 7.5
  • Fungsi ECG Di Apple Watch boleh mula digunakan di Malaysia sekarang
  • Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh digunakan di Malaysia
Tags: HuaweiHuawei Watch D
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Jam Huawei Watch D dengan beg udara, lulus untuk digunakan di Malaysia

Jam Huawei Watch D dengan beg udara, lulus untuk digunakan di Malaysia

6 December 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER