• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak perlu hidupkan mod pesawat, penumpang di Eropah boleh akses Internet 5G ketika kapal terbang di udara

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:46 pm
  • 06/12/2022
  • Komen
Tak perlu hidupkan mod pesawat, penumpang di Eropah boleh akses Internet 5G ketika kapal terbang di udara
Share on FacebookShare on Twitter

Umum mengetahui telefon perlu ditetapkan kepada mod pesawat semasa menaiki kapal terbang. Namun, perkara itu nampaknya tak perlu lagi dilakukan di Kesatuan Eropah (EU) mulai tahun depan. Hal ini berikutan keputusan Suruhanjaya Eropah membenarkan penumpang penerbangan menggunakan data malah mungkin boleh membuat panggilan semasa di udara.

Syarikat penerbangan juga akan dibenarkan untuk menyediakan rangkaian 5G kepada penumpang, berbanding menawarkan wifi yang perlahan sebelum ini. Di bawah peraturan baru, penumpang akan dapat menstrim muzik dan video, akses aplikasi pada telefon dan membuat panggilan telefon pada pesawat yang dilengkapi 5G.



Syarikat penerbangan akan gunakan peralatan rangkaian khas yang dipanggil ‘pico-cell’ untuk menghalakan panggilan, teks dan data melalui rangkaian satelit. Rangkaian satelit tersebut menghubungkan kapal terbang ke rangkaian mudah alih di darat. Di bawah peraturan baru ini, ahli EU perlu memastikan 5G boleh diakses oleh syarikat penerbangan menjelang 30 Jun 2023.

Dikatakan bahawa penggunaan telefon bimbit dalam kapal terbang diharamkan adalah kerana ia boleh mengganggu sistem navigasi juruterbang. Dai Whittingham, ketua eksekutif Jawatankuasa Keselamatan Penerbangan UK, memberitahu BBC bahawa larangan tersebut berlaku disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang bagaimana ia akan menjejaskan pesawat. Menurutnya lagi, mereka mempunyai set frekuensi yang berbeza untuk 5G dan terdapat tetapan kuasa yang lebih rendah daripada yang dibenarkan di AS.



Memang seronok dapat gunakan Internet di dalam kapal terbang, lebih-lebih lagi jika ada 5G. Tapi agaknya dapat tak penumpang terima kelajuan penuh 5G ketika di dalam pesawat? Atau ia sama sahaja seperti menggunakan Wi-Fi?

[Sumber: Gizmodo]

Tags: Mod pesawat
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tak perlu hidupkan mod pesawat, penumpang di Eropah boleh akses Internet 5G ketika kapal terbang di udara

Tak perlu hidupkan mod pesawat, penumpang di Eropah boleh akses Internet 5G ketika kapal terbang di udara

6 December 2022
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER