• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Search sedang implementasikan tatalan tanpa had untuk hasil carian, apa maknanya kepada anda?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:21 am
  • 07/12/2022
  • Komen
Google Search sedia ruang ulang kaji latihan sekolah, ada beberapa subjek tersedia
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ia adalah sesuatu yang remeh, tapi Google mengumumkan yang mereka sedang aktifkan sistem hasil carian dengan tatalan tanpa had (continuous scrolling) pada enjin carian mereka.

Starting today, we’re bringing continuous scrolling to desktop in English in the U.S. so you can continue to see more search results easily. When you reach the bottom of a search results page, you'll now be able to see up to six pages of results. pic.twitter.com/xIuVP24FFm

— Google (@Google) December 5, 2022

Pengenalan secara berfasa ini bermula untuk pengguna Google Search versi desktop dalam pasaran Amerika Syarikat dan lambat laun, sudah tentu kita juga akan terimanya.



Dengan tatalan tanpa had, hasil carian tidak lagi dipaparkan mengikut halaman (pagination) iaitu anda perlu klik untuk ke halaman berikutnya untuk lihat hasil carian seterusnya. Sebaliknya, anda Cuma perlu terus tatal ke bawah dan sehingga 6 halaman carian akan dipaparkan tanpa anda perlu tekan butang.

Apa pendapat netizan?

Mungkin pada pengguna seperti saya dan anda ia adalah satu perubahan yang kecil, tapi pada pengendali laman web, ia adalah perubahan yang signifikan jika anda lihat pada cicipan balas yang diutuskan dalam bebenang yang sama.



Ia dilihat sebagai membantu laman web kerdil ataupun baharu untuk bersaing dengan yang lebih besar mendapatkan klik daripada hasil carian. Seringkali laman web kecil terselindung disebalik halaman belakang dan pengguna perlu tekan butang halaman berikutnya untuk menemui laman-laman kecil ini.

I honestly like that idea, it can bring some eyes to pages that wouldn't be even considered to be visted because they are 1 or more clicks away. I see it as a win for less popular websites. I also like that it's not literally infinte but 6 pages max in length.

— Tobias (@tobiasalcaraz_) December 6, 2022

Tidak kurang juga yang membantah ciri baharu ini. Alasan untuk tidak menyukainya adalah ia menyukarkan pengguna mengingati kedudukan laman web dalam senarai carian. Dengan pagination, mereka secar akasar mengingati kedudukan hasil carian relatif kepada header ataupun footer.

Oh god please no! At least Make it optional…
Paginated i can remember something like 'oh yea page 3 somewhere in the lower third'. With this infinite thing you're lost. We will probably so lose the ability to send a search link of a specific page? Or do the links reflect that?

— CodingVert (@CodingVert) December 6, 2022

Apakah pendapat anda, tatal tanpa had ataupun pagination menjadi pilihan anda?

Tags: Google
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Google Search sedia ruang ulang kaji latihan sekolah, ada beberapa subjek tersedia

Google Search sedang implementasikan tatalan tanpa had untuk hasil carian, apa maknanya kepada anda?

7 December 2022
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN