• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hati hati penyebaran berita palsu dengan menyamar guna media sosial PMX

  • OLEH Najib
  • 2:06 pm
  • 07/12/2022
  • Komen
Hati hati penyebaran berita palsu dengan menyamar guna media sosial PMX
Share on FacebookShare on Twitter

Tak pasti jangan kongsi. Pesanan ini sudah banyak kali diingatkan di waktu berita palsu begitu mudah berlegar di alam maya masa kini. Lebih teruk lagi apabila ia mengaitkan pemimpin utama negara dan mengatakan perkara tentang hala tuju negara.

Pelantikan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim penuh liku-liku apabila partinya Pakatan Harapan tidak memiliki majoriti dan terpaksa bergabung dengan beberapa parti lain untuk membentuk kerajaan. Mungkin kerana itu, begitu banyak berita palsu yang menyamar sepertinya berlegar di internet.



Facebook Jabatan Perdana Menteri hari ini memuat naik tentang status twitter yang tular bertajuk ‘𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐔𝐄𝐂 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐮𝐥 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧’. Untuk maklumat semua, ini adalah akaun palsu yang menyamar dan menyebarkan berita tidak benar.

Akaun dan berita palsu (kiri) berbanding ciapan akaun sebenar (kanan)

Pertama, nama akaun tersebut diubah satu perkataan untuk mengelirukan orang ramai iaitu @anwarinrahim. Huruf ‘b’ ditukar kepada ‘n’. Malah, ia kelihatan seperti akaun twitter berbayar kerana ada tanda biru disebelah nama. Perkara ini telah menjadi masalah besar kepada Twitter selepas Elon Musk mengambilalihnya kerana membenarkan sesiapa sahaja yang membayar akaun Twitter, boleh memilih nama akaun sesuka hati lantas menyamar seperti orang sebenar.



Oleh itu, orang ramai diminta untuk selalu menyemak semula dengan akaun sebenar untuk mendapat kepastian sesuatu berita, sebelum menyebarkan kepada orang lain. Terutama sekali jika ianya tangkap layar, bukan pautan sebenar. Pastikan juga pautan media sosial adalah tepat milik orang tersebut, bukannya menyamar dengan cuba menyerupai akaun asal dengan ubah huruf.

Langkah menyemak sesuatu berita harus menjadi amalan semua terhadap semua pihak, tidak kira orang yang kita sokong atau sebaliknya. Jadikan perbuatan semak sebelum sebar sebagai rutin hidup. Barulah fitnah tidak berleluasa dan tiada orang menjadi mangsa. Ingat, fitnah itu lebih teruk dari membunuh dan ia boleh meruntuhkan bangsa dan negara.

Tak pasti jangan kongsi!

[Sumber: JPM]

Tags: Anwar Ibrahimpmx
Najib

Najib

POPULAR

Hati hati penyebaran berita palsu dengan menyamar guna media sosial PMX

Hati hati penyebaran berita palsu dengan menyamar guna media sosial PMX

7 December 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN